Rabu, Mei 25, 2011

Selamat Hari Guru


1. Selamat hari guru aku ucapkan kepada semua guru2 dan juga tenaga pengajar di seluruh dunia. Agak terlambat aku upload gambar hari guru ni disebabkan kesibukkan bekerja dan menjaga anak. Pada 16 Mei 2011, sengaja aku datang ke sekolah lama aku untuk bersama-sama menyambut hari guru. Tahniah kepada team sambutan hari guru SMK Taman Daya kerana menjadikan hari guru tahun ini yang terindah yang pernah aku lihat.

2. Bertemakan English Garden membuatkan majlis kali ini dalam suasana inggeris dan lembut kerana kebanyakkan guru2 memakai pakaian bewarna pink dan putih. Acara kemuncak bagi sambutan ini adalah upacara melepaskan burung dan belon dan yang paling ditunggu-tunggu nyanyian Guru Malaysia dari guru-guru SMK Taman Daya. Memang ke laut suara...haha...tapi happening.

3. Tahniah juga kepada team fotografer SMK Taman Daya. Korang memang mantop sebab ada kamera yang hebat2 walaupun budak sekolah lagi...Tajamkan skill insyallah korang boleh berjaya...Terima kasih kepada Cikgu Nor'aini kerana sudi membenarkan aku untuk shoot event pada kali ini.

SELAMAT HARI GURU

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Isnin, Mei 09, 2011

Dunia Macro


Alhamdulillah,

1. Pada 6 May 2011 dapatlah aku sebiji lagi lens yang mungkin membantu aku dalam byk perkara dalam duni fotografi. Agak susah juga membuat keputusan kerana rata2 lensa2 macro diluar sana mempunyai reputasi yang baik. Akhirnya Tamron 90mm ini menjadi pilihan aku kerana pertamanya harganya yang murah, beli pun 2nd hand jer tapi nampak baru dan keduanya aku dah biasa dengan setting warna dari tamron. Teri Kasih kepada bro Ben Diesel di facebook kerana menjual lens ini dalma keadaan yang tersangat2 baik.

2. Aku membeli lens ini pun bersebab kerana selama ini lens2 yang aku beli kebanyakkannya untuk menghasilkan gmabar yang terbaik untuk orang lain. Aku takda terpikir untuk menghasilkan untuk gmabar2 bagi koleksi sendiri. Disebabkan minat yang serba sedikit dalam macro, maka disini aku terpikir apa salahnya aku beli lens ini untuk diri sendiri. Sekurang2nya dapatlah aku menggantungkan gmabar2 macro di office dan dirumah nanti. Kalau gmabar pengantin atau model2 tak kena pulak kan..kena pelangkung dengan bini nanti...hahahha

3. Rasanya nanti lens ini akan sentiasa bersama2 aku dan nantikan gmabar2 dari lens ini
Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Khamis, April 14, 2011

Stresssssss

Gambar ketika di Pulau Pinang
1. Tengok tajuk pun dah tau aku stress. Sambil melayan gmabar2 cantik dan mendengar lagu2 dari album guitar melodies sedikit sebanyak mengurangkan stress yang ada. Biaselah kalau nak stress pasal apa lagi kan...KERJA, KERJA, KERJA...Selagi belum tutup mata KERJA...itulah kata2 dari filem Labu Labi....memang betul pun....

2. Kalau nak diikutkan malas dah nak bekerja kalau dah hari2 kena marahkan...tapi bila dipikirkan balik memang salah aku pun dan aku juga perlu bekerja untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga aku. Ya..keluarga yang dah semakin membesar...teringat anak aku....

3. Apa boleh buat...yang penting aku kena berubah mengikut aliran semasa supaya aku tak ketinggalan....diharap kawan2 dapat memberikan aku tenaga positif untuk aku terus maju dalam kerjaya...sebab dah hari2 dapat tenaga negatif jiwa jadi down....hehe...takpelah...ni pun salah satu melepaskan tekanan dengan memblogging....oklah lagi lama taip lagi merepek aku ni....

Assalamualaikum

0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
NASERIBRAHIM

Facebook Comments


Selasa, April 12, 2011

Adhwa Dina Binti Mohd Khairul Naser


Assalamualaikum

1. Kalau korang perasan aku dah lama tak update blog aku ni kan. Maaf pada semua yang rajin melawat blog aku walaupun takda cerita terbaru. Tapi semuanya berlaku ada sebab. Dan salah satu sebabnya adalah isteri aku baru jer malahirkan seorang lagi puteri kami pada 4 April 2011 pada jam 11.05 pagi di Hospital Sulatan Ismail Johor Bahru. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang berat2. Cuma anak aku jer yang berat iaitu seberat 3.97kg.

2. Gembira aku kali ni sebab anak pertama aku akan ada seorang kawan untuk bermain. Kadang2 kesian tengok anak aku yang pertama main sorang2. Takpa tunggu Adhwa Dina ni besar sikit kakak dah boleh main bersama. Pengalaman kali ni agak menarik sebab masing dari kami tak sediakan nama berbanding kakanya yang pertama. 3 hari dirumah mertua dah macam perpustakaan sebab masing2 melihat nama2 didalam buku. Akhirnya nama ni yang dapat hasil dari idea mak mertua dan kami berdua.

3. Buat isteri tercinta Arni Binti Majid, terima kasih atas pemberian ini. Anak kita comel dan diharap kita dapat menjaga amanah Allah ni sebaik mungkin. Apa yang penting ...kerjasama...heheh pengaruh wonderpet la ni...Ok buat sahabat2, doakan kekuatan kami dan kesihatan kami. Amin


0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
NASERIBRAHIM

Facebook Comments


Ahad, Februari 27, 2011

Bersama Adhadi Mohd

Dua dari kiri Cikgu Adhadi Mohd. Gambar ikhsan dari Rashid Kasmari

1. Malam Jumaat yang lepas berkesempatan berjumpa dengan Cikgu Adhadi Mohd di dataran Batu Pahat. Satu kelas pengenalan DSLR dan Flash telah diaturkan untuk penggemar2 fotografi. Kehadiran memang mengejutkan kerana hampir 50 orang yang rata2nya dari UTHM hadir untuk mendapatkan ilmu PERCUMA dari Cikgi Adhadi.

2. Sesi berakhir pada jam 11.30mlm dan sesi TT pula bersambung di MCD sehingga jam 3 pagi. Kalau nak bercerita dengan Cikgu Adhadi ni memang tak habis2 sebab pengalaman beliau amat byk. Ditambah pula dengan Otai Rahmat Ali yang tak kering2 dengan cerita2 yang menarik...Seronok bila dapat berkumpul camni sebab bukan selalu fotografer dapat berkumpul bersama2 disebabkan kekangan masa untuk mengedit dan kerja2 harian...
3. Apa pun terima kasih pada semua atas ilmu yang telah diberikan. Minta halal segala ilmu yang dicurahkan

Assalamualaikum
 
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Khamis, Februari 17, 2011

Pantai Tanjung Leman


1. Banyak tempat menarik yang aku dapat lihat di kawasan Tanjung Leman ni...percutian secara tak sengaja telah membawa aku kesini. Isteri aku telah adakan kursus bagi jabatannya di sini, Jadi, aku tumpang sekaki la yer...

2. Terdapat beberapa lagi tempat yang menarik yang belum sempat aku upload gmabarnya...Padang lalang memang byk tumbuh di kawasan sana...pada mata aku ni pemandangan yang hebat sebab ianya seperti satu pemandangan ladang bijirin di luar negara....


3. Ok, tujuan sebanar aku just nak update blog aku yang dah bersawang ni..hehe

Assalamualaikum

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments