Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan

Ahad, Mac 29, 2015

Sebutkan Harga Anda



Jika anda mempunyai harga sendiri, sila nyatakan. Kami akan sesuaikan mengikut bajet anda. Hubungi kami segera.

Feel free to whatsapp/msg/call at 0197703066
Email : i.naseribrahim@gmail.com
Blog: http://naseribrahimphotography.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/naseribrahimphotography

By Naseribrahim Photography.
© All Rights Reserved. Any unauthorized copy, usage or reproduce of the image are strictly prohibited.

Facebook Comments


Khamis, Julai 26, 2012

WTS Tokina ATX PRO 28-80mm F2.8 SD


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Rasanya dah tiba masanya untuk aku melepaskan lens ni. Puas jugak aku gunakan dan dah banyak wedding telah berjaya melalui lens ini. Diharap lens ini dapat berbakti dengan tuan barunya nanti. Jadi sesiapa yang berminat boleh la menelefon aku dan sesiapa yang dekat boleh lihat sendiri lens ini. Rundingan masih dibuka sehingga jadi... Maklumat lanjut berada di bawah:

【ITEM】 Tokina ATX PRO 28-80mm F2.8 SD
【Package includes】 Original Golden Tokina Box, Hood, Lens Cap front and back, Manual, Lens case
【Price】 RM1200 (nego)
【Warranty】 NIL
【Dealing method】 Postage (add RM20), COD Batu Pahat, Kota Tinggi, Johor Bahru
【Contact method/details】 0197703066
【Item(s) conditions】 9/10
【Reason for sale】Top up for buying other lens

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Rabu, November 09, 2011

Bola sepak Sukan SEA: Malaysia tewaskan Thailand 2-1

Assalamualaikum,

1. Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya menewaskan Thailand dalam melangkah peluang ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA yang diadakan di Indonesia. Malaysia memperoleh jaringan pada minit ke-24 melalui Baddrol Bahtiar dan gol kemenangan hasil rembatan kencang Izzat Faris minit ke-85. Manakala gol sulung Thailand hadir menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78.

2. Tahniah juga buat barisan jurulatih yang berjaya mengubah corak permainan berbanding perlawanan bersama Singapura yang lepas. Di harap perlawanan selepas ini akan membuahkan kemenangan juga.

Syabas...

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6


Facebook Comments


Khamis, November 03, 2011

PROMOSI 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera
1. Agak lama juga aku berdiam diri disebabkan kesibukkan yang melampau sehinggakan blog aku pun tak mampu untuk diupdate. Dengan beberapa bulan sahaja lagi untuk kita melangkah ke 2012, aku dengan sukacitanya mengumumkan promosi ekonomi bagi bakal-bakal pengantin yang ingin melangsungkan pada tahun 2012. Promosi ini khas untuk mereka yang ingin berjimat tetapi masih lagi ingin mendapatkan gambar yang istimewa dimajlis yang berbahagia. Dan ianya juga cover dari Akad Nikah, Sanding, Bertandang dan juga Outdoor Session. Semuanya shoot & burn.

2. Ni kalau di ikutkan bajet untuk rakyat la..hehe dah macam Bajet 2012. Tetapi bagi mereka yang masih mampu teradapat juga pakej yang termasuk dengan album. Pakej promosi ini hanya untuk SHOOT & BURN sahaja. Maksudnya saya shoot dan burn dalma DVD. Maknanya tiada album. Walaubagaimanapun aku tetap lagi memberikan 1 frame sebagai tanda kenangan. Bagi yang inginkan album, tambahan RM350 seunit sebagai kos design dan album.

So, siapa yang berminat atau maklumat lanjut boleh email aku atau call sahaja.
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Januari 03, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


1. Selamat Tahun Baru 2011 dan selamat tinggat tahun 2010. Apabila umur semakin meningkat terasa sangat yang masa semakin pantas. Ada saja perkara2 yang tak dapat dilaksanakan langsung menjadikan ianya azam tahun baru, Ada ke aku azam tahun baru? Ntahlah apa yang aku dapat doakan adalah hari esok adalah lebih baik dari semalam.

2. Melihat cara sambutan tahun baru membuatkan aku meluat dan menyampah kerana dah byk kita tersisih dari agama. Siaran tv pun boleh tunjuk cara sambutan di Bukit Bintang dengan cara bermandikan buih...Kenapa tak tunjukkan ramai2 bersolat hajat ker, solat akhir tahun ker....ntahlah apa nak jadi dengan Malaysia yang ku sayang ni...

3. Apa pun aku bersyukur kerana ditempat yang aku tinggal masih lagi adat dan agama dipelihara..gejala2 sosial masih kurang dan hidup kejiranan masih lagi kuat sesamanya...Oklah nak sambung buat kerja....

Assalamualaikum


Facebook Comments


Isnin, November 15, 2010

Musim Haji & Hari Raya Qurban

Mak dan Abah ketika melakukan umrah 1 setengah tahun yang lepas
1. Pejam celik pejam celik dah sampai musim haji. Teringat waktu mak abah pergi umrah, terasa sayunya untuk meninggalkan mereka. Tapi itu merupakan langkah pertama untuk mereka pergi haji dan menyempurnakan rukun Islam ke 5. Insyallah aku doakan mereka akan dapat menyempurnakan haji mereka tak lama lagi.

2. Hari Raya Qurban akan menjelma pada hari Rabu ni. Nampaknya aku takkan kemana2 selain di rumah sahaja kerana cuti satu hari jer..Stanby cuti untuk bulan 12 nanti...hehe....Mungkin akan rasa sedih sikit sebab boleh dengar takbir raya sebelah jer dgn rumah sewa aku ni...Harap2 adalah yang hulur ketupat ker...rendang ker....hahhaha....

3. Rasanya aktiviti aku cuti ni adalah untuk menyiapkan custom album yang masih belum siap ni....oklah kerja kerja kerja....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Khamis, Oktober 28, 2010

Hadiah Pertandingan PROTON 25 Years

 

1. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku hadiah yang telah dijanjikan pihak Proton25Years. Hadiahnya sebuah telefon pintar Samsung Galaxy S dan juga buku edisi khas proton 25 tahun. Untuk makluman semua, hadiah ni aku dapat dari hasil undian gambar anak aku yang telah aku letakkan di laman web Proton25Years. Seronok bila aku tengok telefon ni. Yelah benda free kan. Syukur pada tuhan, dapat jugak aku merasa telefon pintar ni.

2. Segala fungsi belum habis di explore lagi dan agak pening gak sebab selama ni nak tekan2 ada button tapi kali ni just touch screen jer...Jakun pulak....haha....Telefon ni memang ringan dan boleh dikatakan pesaing kepada Iphone 4. Walaupun dari segi body tak sama tapi dalam lebih kurang jer...ok kalau nak tengok pertandingan tu kat mana ni alamatnya.... http://www.proton25years.com/

Oklah, nak esplore lagi...

Facebook Comments