Khamis, Jun 14, 2012

Majlis Bertandang | Norfauziana & Zainizan | 3 Jun 2012 | Kampung Parit Bengkok, Bagan, Batu Pahat


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Pertamanya rasanya agak lamabat entry kali ini untuk aku terbitkan. Yelah tiap2 minggu sibuk dgn tugasan perkahwinan yang perlu diselesaikan. Bila ada masa baru lah nak update. Alhamdulillah entri kali ini adalah bagi pasangan Zainizan & Norfauziana, pasangan yang sama bagi majlis perkahwinan di Kluang. Kali ni bagi majlis bertandang pula... Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan cuaca memihak kali ini kepada pasangan. 

2. Majlis berlangsung di Kampung Parit Bengkok, Bagan, Batu Pahat (yang pada asalnya ingat kat Parit Bengkok, Parit Raja)....Majlis bertemakan warna hitam dan putih manakala pakaian pengantin bertemakan warna kelabu. Sesi outdoor pula di lakukan di sekitar kawasan Sungai Balang Besar, yang pada aku tempat yang menarik untuk dilawati. Insyallah datnag lagi nak shoot landskap pula...

Akhir sekali, Selamat Pengantin Baru buat pasangan pengantin yang sangat sporting melayan kerenah aku. Korang memang best sebab sama cantik dan sama padan....Jangan serik yer...hehe

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Jun 04, 2012

Majlis Perkahwinan | Norfauziana & Zainizan | 2 Jun 2012 | Taman Kampung Majid, Kluang


Assalamualaikum, dan salam sejahtera

1. Tugasan di minggu pertama bulan Jun kali ini telah dimulakan dengan Majlis Perkahwinan Norfauziana & Zainizan pada 2 Jun 2012 di Taman Kampung Majid, Kluang. Zainizan merupakan teman sekerja aku dimana tempat kami bekerja di UTHM. Terima kasih kepada beliau kerana mempercayai aku untuk mengabadikan saat2 indah majlis perkahwinannya.

2. Tugasan dimulakan seawal 10 pagi dimana dimulakan dengan majlis akad nikah dan seterusnya bagi majlis bersanding pula pada jam 2.30 petang. Alhamdulilllah cuaca amat baik pada awalnya dan memudahkan segala kerja. Dengan bertemakan rona warna lavender, pasangan ini amat padan dengan warna pilihan ini. Zainizan dari sudut pandangan aku merupakan seorang yang pemalu manakala Norfauzianaa (Gee) lebih berani dalam melakukan pelbagai pose dan mood.... Sekali pandang wajah Gee ni macam pelakon terkenal Nur Fathia.

3. Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di jam 4.15 petang... Tepat pada waktu yang aku planning untuk outdoor di Gunung Lambak. Nampaknya takda rezeki pasangan ini untuk outdoor bersama busana pengantin mereka. Walaubagaimanapun majlis tetap diteruskan dengan sesi fotografi di atas pelamin sahaja. Aku terpaksa memeras idea untuk mengingatkan kembali banyak2 pose bagi menggantikan sesi outdoor yang tidak dapat dilakukan. Alhamdulillah, susah tu memang susah tapi semuanya rahmat dari Allah yang memeberikan buah fikiran.

Oklah, nanti aku sambung lagi bagi bahagian kedua dimana bagi Majlis Bertandang pula...

Sekian

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Jumaat, Jun 01, 2012

Majlis Bertandang | Nurul'Ain Najihah & Mohd Aris | 27 Mei 2012 | Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat


Assalamualaikum dana salam sejahtera,

1. Seperti yang dijanjikan adalah gambar-gambar disekitar majlis bertandang bagi pasangan Nurul'Ain Najihah & Mohd Aris yang berlangsung di Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat. Majlis berlangsung dengan cukup ringkas dan menarik. Dengan bertemakan rona warna merah bersongket tradisional.

2. Bagi sesi outdoor pula dilakukan disekitar padanga golf Batu Pahat. Sesi kali ini agak mudah kerana pasnagan dah tahu apa yang aku nak. Alhamdulillah, kerja pun jadi mudah. Segala sesi tamat pada jam 6 dan selepas itu aku terus ke Muar atas urusan keluarga. Terima kasih kepada semua yang terlibat samada langsung atau tidak langsung dalam majlis kali ini. Ucapan ikhlas dari aku Selamat Pengantin Baru semoga kekal selamanya. Cepat2 dapat baby....jgn tahan2...hahah ucapan ringkas dari yang berpengalaman...kehkehkeh...

Sekian

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments