Jumaat, November 09, 2012

Majlis Perkahwinan | Zarina & Zulraime | 27 Oktober 2012 | Parit Haji Sidek, Batu Pahat


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Entri kali ini adalah bagi pasangan Zarina & Zulraime yang telah selamat disatukan pada 27 Oktober 2012. Pasangan yang pemalu walaubagaimanapun mempunya bakat untuk menjadi model. Alhamdulillah senang bekerja dengan mereka. Banyak shot2 menarik dan mudah untuk diambil. 

2. Rona warna kuning diraja menjadi tema busana mereka dan majlis dijalankan dengan penuh sederhana walaubagaimanapun meriah dan teratur. Sesi fotografi dijalankan  tanpa sebarang masalah dan aku ditemani Khairi Mohd sehingga sesi outdoor. Thank bro... Sesi tamat pada jam 6.00 petang dan kami pulang dengan seribu satu kenangan yang menarik bersama pengantin. Selamat pengantin baru,

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6  

Facebook Comments


Selasa, Oktober 30, 2012

Majlis Perkahwinan | Farhana & Farhan | 14 & 15 September 2012 | Kampung Dato' Onn Jaafar, Johor Bahru



 Assalamualikum dan salam sejahtera,

1. Entri kali ni boleh dikatakan lambat sedikit diupdate berbanding pasangan2 yang lain. Pasangan kali ini adalah pasangan Farhana dan Farhan. Farhana merupakan sahabat sekerja aku ketika di Abdul Raman Saad & Associates, sebuah pejabat guaman terbesar di Johor Bahru. Alhamdulillah akhirnya adik (gelaran Farhana) dah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya. Pasangan mengenakan pakaian sedondon emas. Majlis telah dimulakan pada 14 September 2012 iaitu majlis akad nikah dan terus bersambung dengan majlis persandingan pada 15 September 2012.

2. Majlis dijalankan dengan penuh meriah dan indah. Diserikan lagi dengan alunan muzik ghazal yang satu ketika dahulu hari2 aku dengar. Hiasan bunga2 hidup ditambah bunga2 orkid yang ditanam sendiri bapa Farhana menambahkan keindahan majlis. Seronok bila melihat satu keluarga Farhana bantu membantu dalam menjayakan majlis. Alhamdulillah, adik dikurniakan keluarga yang sempurna.

Ok akhir sekali ucapan tahniah dari abang dan Selamat Pengantin Baru.

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6  

Facebook Comments


Khamis, September 06, 2012

Majlis Persandingan | Ezad & Dila | 1 September 2012 | Taman Industri Seri Sulong



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Alhamdulillah selesai bagi majlis persandingan Ezad dan Dila. Letih memang letih tetapi disebabkan tugas dan amanah aku gagahkan jua... Walaubagaimanapun pasangan ini amat mudah dilentur sepertinya jiwa modelling tu telha ada. Terima kasih kepada pasangan kerana memudhakan kerja aku.

2. Sesi outdoor di buat di Taman Botani, Seri Medan. Memang ramai pasangan pengantin di sini terutamanya musim2 perkahwinan. Rasanya2 dalam 7 pengantin ada pada waktu itu. Berebut2lah kami untuk mendapatkan tempat terbaik untuk kami. Terima kasih kepada Khairi Mohd, Izan Azri dan Azlan Shah kerana membantu dalam sesi fotografi kali ini dan menceriakan pasangan ini. Sesi berakhir pada jam 7.

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, September 03, 2012

Majlis Akad Nikah | Ezad & Dila | 1 September 2012 | Taman Industri Sri Sulong


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Tugasan pertama ku selepas bercuti panjang dari bulan Ramadhan buat pasangan Ezad & Dila yang telah selamat diijab kabulkan oleh bapa Dila sendiri di perkarangan rumah mereka. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan aku bersyukur kerana pasangan ini amat berbakat didalam bidang modeling. Segala kerja amat mudah dilakukan sehinggalah majlis persandingan. Aku update dahulu bagi majlis akad nikah dan bagi majlis bersanding akan menyusul kemudian.

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6







Facebook Comments


Selasa, Ogos 28, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua sahabat-sahabat dan tak lupa sanak saudara. Tahun ni aku beraya di banyak tempat. Bermula di pagi raya di Taman Daya, rumah orang tua aku, dimana sesi fotografi ini dilakukan. Selepas solat aidilfitri kami sekeluarga ke Muar pula kampung isteri aku dan kami beraya sehingga raya kedua. Pada jam 12 raya kedua kami bergerak secara konvoi bersama keluarga orang tua aku ke Pulau Pinang, kampung orang tua aku... Dalam perjalanan kami menyinggah di Negeri Sembilan beraya di rumah Maklong aku. Dan kami bergerak semula dan berakhir di Batu Gajah, Perak beraya dan tidur di rumah pakcik aku, Pakcik Zul. Raya ketiga kami semua bergerak semula ke Pulau Pinang...perghh penuh berliku perjalanan raya kami. Apa pun tiada perkara yang tidak diingini berlaku...Alhamdulillah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6


Facebook Comments