Khamis, Januari 20, 2011

Cuti-Cuti Sarawak


1. Agak lambat aku upload gambar2 dari percutian aku kali ni. Pada Disember lepas keluarga akak ipar aku bersama2 dengan keluarga aku bercuti bersama2 di Sarawak. Alhamdulillah hotel yang aku tempah sekali lagi memberikan layanan terbaik buat kami...Hotel Grand Margherita, Tyr us you will love it...moto yang kena dengan penjenamaan hotel tu...

2. Aktiviti kami amat padat pada waktu tu iaitu hari kedua. Bermula dengan lawatan ke Taman Buaya Jong, tempat proses kek lapis, proses pasu, pusing2 Kuching, tengok orang utan...dan tak lupa makan2...Agak keletihan bila berjalan satu hari dan paling kesian anak aku...yelah letih tengok bila dia terlentok tidor...nak buat camana takkan nak duduk bilik jer kan...

3. Percutian kami hanya 3 hari 2 malam jer...yelah cuti bukan boleh lama2...cuti paling ideal adalah 3 hari jer..lepas 3 hari macam2 kita rasa tak selesa kan...oklah malas nak cerita byk...gambar dah tersedia...layan jer yer....

NASERIBRAHIM

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Ulasan