Isnin, Jun 06, 2011

Fahmy & Yatie | Bertandang & Outdoor


1. Alhamdulillah akhirnya selesai semua majlis bagi pasangan ini dari akad nikah, sanding dan akhirnya bertandang ataupun menyambut menantu. Satu minggu yang amat meletihkan aku tetapi tetap bersemangat untuk menjalankan tugas kali ini. Terima kasih kepada Khairi Mohd kerana sudi menemankan aku sekali gus membantu aku dalam sesi fotografi kali ini. Buat Hasman dan Iqbal mungkin belum rezeki korang nak ikut aku kan.

2. Tema kali ini telah dipilih oleh Khairi Mohd yang berlangsung di bangunan lama jalan Sultanah Batu Pahat. Agak angker jugak kat sini tetapi dengan izin Allah kami berjaya menjalankan tugas kami. Tugasan amat mudah dilakukan kerana masa yang diberikan agak lama kerana majlis telah berakhir agak cepat. Jam 4.30 petang kami telah berada di lokasi dan menjalan tugas2 kami.

3. Bekerja bersama pasangan ini tidak susah. Walaupun mereka boleh dikatakan amat penat tetapi tetap juga boleh tersenyum dan juga melayan kerenah kehendak fotografer. Alhamdullah apa yang aku nak dan juga pengantin nak dapat direalisasikan. Bak kata Fahmy (pengantin lelaki), ianya seperti dejavu kerana dia dapat merasakan sebelum ini dia akan shoot disini. Sesi fotografi telah berakhir pada jam 6.30 petang dan kami semua pulang dalam keadaan yang letih tapi gembira.

4.  Thanks also to Fahmy kerana menyediakan props yang menarik dan ianya membantu kami. Selamat pengantin baru.

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


5 ulasan:

  1. cun la bro..terbaek dari ladang...

    BalasPadam
  2. terima kasih banyak2 dari kami berdua kerana hasilkan gambar yg terbaik......thanks jugak pada keri kerana banyak membantu...kami doakan semoga suksess...thanks a lots....you all the best....chayokkkk!!! from fahmy & yatie

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah....actually hari ketiga tu pun dah letih sgt...nasib baik keri ada membantu...as long korang happy dah melegakan hati

    BalasPadam