Isnin, Julai 11, 2011

Beli lagi barang kamera


1. Rasanya bulan ni aku bernafsu sikit nak tambah aksesori kamera dan aksesori terbaru adalah seprti gambar diatas iaitu beg dan bukan lens tetapi hood. Beg yang dibeli adalah jenis 7 Million Home Crumpler. Jenama ini amat terkenal dikalangan fotografer kerana materialnya yang kuar dan juga design beg yang tidak seperti beg2 kamera yang berada di pasaran. Aku memilih warna biru kerana ianya tidak menampakkan ianya beg kamera. Amat bergaya bila aku bawak beg ini..cewah puji diri sendiri pulak. Beg ini aku beli melalui online forum.

2. Barang yang kedua adalah Hood Bunga (Flower Hood) untuk Nikon AFD 80-200mm aku. Agak susah nak cari barang ni disebabkan dipasaran Malaysia hanya terdapat hood jenis skru sahaja. Kalau ada yang jenis masuk terus hanya sedikit sahaja dan itu pun mahal sangat. Alhamdulillah, setelah melayari internet akhirnya aku berjaya jumpa di Ebay, pusat membeli belah terbesar dan terkenal didunia. Aku beranikan diri untuk membeli produk ini walaupun barangan nya dari China. Alhamdulillah sekali lagi apabila tepat 11 hari meng'oder'kan barang tersebut akhirnya sampai diatas meja kerja aku. Gembira tak terkata dan balik jer rumah terus test pada lens aku...Muat dan tak perlu skru2...senang dan lens aku dah nampak amat segak...terima kasih kepada pembekal...

3. Bila difikirkan balik kebanyakkan barang aku, aku beli melalui online dan apa yang aku lihat online ni byk memudahkan kita jika kita sendiri pandai menggunakannya...Bukan sahaja mudah malah kadangkala barnag yang kita beli harganya lebih murah  berbabanding kita beli dikedai...Silap2 boleh tawar menawar lagi...Apa pun baik transaksi online atau pun realiti, kita perlu berhati2 kerana semuanya melibatkan duit dan kita tak nak duit kita melayang begitu sahaja...

Baiklah nak edit gambar lagi ni...

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Ulasan