Rabu, Mac 14, 2012

Nor Azlira & Muhd Khomeini | 11 Mac 2012 | Taman Megah, Batu Pahat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Tugasan kali ini adalah bagi pasangan Nor Azlira & Muhd Khomeini ataupun lebih dikenali dengan nama Ira & Ateh. Majlis dimulakan dengan akad nikah yang bermula pada 10 Mac 2012 dan di teruskan masjli persandingan pada 11 Mac 2012. Tahniah diucapkan. Sweet sangat pasangan ni yang pada aku sama cantek sama padan. Bagi keluarga Kak Sharifah, ini merupakan kali pertama majlis seumpama ini di langsungkan kerana Ira merupakan anak pertama. Aku juga ucapkan tahniah kepada pasangan ini kerana telah menamatkan zaman bujang mereka pada usia muda iaitu 20 tahun dan 23 tahun. Jarang sekali pasangan muda ingin mendirikan rumah tangga pada usia begini. Tahniah anda telah mengelakkan perkara2 yang tidak diingini...

2. Tugasan ini aku ditemani dengan Khairi Mohd (Manggaitukuning) yang byk membantu aku dalam penyediaan lighting. Perkara baru bagi aku pada kali ini adalah penggunaan lighting bersama softbox disebabkan punca cahaya yang agka kurang di majlis ini. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dikehendaki. Walaupun pada tengaharinya, hujan rahmat melimpahi seisi alam, majlis tetap berjalan lancar.

3. Tahniah pada pengantin, layan dulu gambar2 di blog yer....

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Ulasan