Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Agak lambat kali ni punya entri atas sebab2 yang tak dapat dielakkan dan kesibukkan kerja2 di pejabat. Tugasan kali ini adalah bagi Akad nikah bagi pasangan Nur Hidayah dan Mohd Zamzirin yang berlangsung di Kampung Parit Haji Ali Laut pada 7 Jun 2012 Khamis...Khamis??? Ya Khamis lebih kurnag jam 3 petang. Pada awalnya agak terkejut juga aku, sebab jarnag2 orang nak akad nikah pada hari selain dari hari Jumaat ataupun Sabtu. Rupanya2 hari tersebut merupakan hari lahir bapa kepada Nur Hidayah dan aku kira ianya disambut ketika semua berada dirumah. Tahniah pakcik...
2. Majlis berlangsung dengan teratur dan kemas. Majlis akad nikah tidak terhenti disitu sahaja, ianya bersambung dengan Majlis berinai yang dihadiri sanak saudara yang menginaikan pengantin. Ceria, meriah dan kecoh... itu yang dapat aku simpulkan bila saudara mara Hidayah terlibat sama... Memang happening... aku yang pening...hahah...
3. Atas permintaan, Hidayah meminta aku untuk menjalankan sesi outdoor ringkas dan aku dapati disekliling rumah Hidayah byk tempat2 menarik yang dapat dijadikan latar. Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.30 petang semua sesi selesai dan seperti biasa bontrot tak ketinggalan bagi masyarakat Johor.. Terima kasih...
Nantikan gambar2 bagi Majlis Persandingan pula...
Sekian, terima kasih
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
0 ulasan:
Catat Ulasan