Jumaat, Mei 25, 2012

Akad Nikah | Nurul'Ain Najihah & Mohd Aris | 25 Mei 2012 | Taman Flora, Batu Pahat


Assalamualaikum & bertemu lagi,

1. Tugasan minggu ini adalah bagi pasangan Nurul'Ain Najihah dan Mohd Aris yang berlangsung di Taman Flora. Majlis yang cukup indah dengan rona warna putih, merah jambu dan ungu menghiasi majlis akad nikah ini. Majlis berlangsung lebih kurang jam 10 dan tamat pada jam 12. Alhamdulillah suasana hujan yang berlaku umpama rahmat pada hari ini. 

Insyallah untuk majlis persandingan dan bertandang akan di kemaskini setelah selesai majlis mereka esok. Nantikan hasil2 terbaik dari saya.

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Selasa, Mei 22, 2012

Majlis Perkahwinan | Fatimah Azzahraa & Mohd Aminurrasyid | 19 Mei 2012 | Parit Haji Abdul Salam, Simpang 5

  
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Entri kali ni bagi pasangan Fatimah & Amin, majlisnya berlangsung di Kampung Parit Haji Abdul Salam. Diam tak diam tempat ni dah dua kali aku masuk dan kebetulan bersebelahan jer dengan tugasan aku sebelum ni Syaz & Fazir tahun lepas. Majlis berlangsung dengan penuh susun atur majlis ke Islaman. Tidak terlebih tidak terkurang. Alhamdulillah terasa diri ini bersyukur atas segala nikmat diberikan. Kebetulan ayah kepada pengantin perempuan pun adalah seorang imam masjid. Maka sesuailah dengan keadaannya. 

2. Majlis kali ini aku anggap adalah yang terpantas dalam sejarah aku selama menjadi seorang jurufoto perkahwinan. Apa tidaknya, dimulakan dengan majlis akad nikah yang berlangsung lebih kurang jam 10 pagi dan diakhiri lebih kurang jam 11 pagi, salin baju untuk berarak dan berarak pada jam 11.15 pagi dan terus ke makan damai. Sesi posing2 selesai jam 12.30 tengahari. Dan untuk pertama kalinya aku bawak pengantin shoot outdoor jam 1.30 tengahari dan selesai jam 2.00 petang. Tetapi ada hikmah disebalik apa yang berlaku, kesihatan yang diberikan hanya bertahan pada jam 2.30 petang... dan nasib baik aku dah cover semua majlis tanpa rasa ada apa2 missing lagi. jam 3.00 petang aku mohon keizinan pengantin untuk pulang disebabkan aku dah nak rasa nak pitam. (aku kena demam urat disebabkan sebelum ni aku join Kembara Mahkota Johor 2012, nanti aku kongsikan gmabar juga)

3. Walaubagaimanapun aku tetap puji kepada pasangan kerana sudi untuk shoot outdoor walaupun ditengahari yang panas. Outdoor berlangsung di Pantai Telok Bakong. Kawasan yang unik dan indah. Pada mata aku lah... walaupun kadang2 kebanyakkan pengantin kau tanya, Cantik ke tempat ni...hehehe... Itulah bezanya mata jurugambar dan mata orang biasa.. Kami telah dilatih seni melihat (art of seeing).

Cakap tak guna...layan jer gambar... harap2 pengantin suka....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Majlis Persandingan | Siti & Fadzil | 5 Mei 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Agak lambat aku update entri kali ni walaupun ianya berlaku sama dengan entri2 sebelum ini. Ini disebabkan tugasan yang amat sibuk terutamanya Konvoi Kembara Mahkota Johor yang aku sertai memerlukan komitmen yang tinggi. Walaubagaimanapun entri kali ni tetap aku naikkan. Seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini, majlis ini adalah majlis persandingan bagi Siti & Fadzil yang berlangsung 5 Mei 2012. Aku cuma membantu saudara Khairi Mohd dalam sesi outdoor sahaja. Maka gambar pun tak banyak.

2. Sesi outdoor berlangsung di Taman Botani Seri Medan yang agak terkenal dengan lokasi2 bagi pengantin2 yang inginkan gmabar outdoor. Tidak kurang dari 7 pengantin yang shoot di tempat yang sama ketika ini. Cabaran kami adalah untuk menghasilkan idea yang berbeza. Itulah yang telah kami diajarkan oleh guru kami Rahmat Bin Ali. Hasilkan kelainan dari orang lain. 

Ok gambar tak banyak biar gambar jer berbicara.... selamat menonton

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
  




Facebook Comments


Rabu, Mei 09, 2012

Majlis Bertandang | Nor Hasbullah Bin Arpin & Nurul Fadilah Binti Zakaria | 5 Mei 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Seperti dijanjikan ini adalah majlis kedua di hari yang sama selepas majlis bertunang Mariana. Majlis ini merupakan majlis bertandang bagi pasangan Nor Hasbullah Bin Arpin & Nurul Fadilah Binti Zakaria yang berlangsung di Parit Lahak, Tongkang Pecah...(hampir sesat aku nak ke sini). Pasangan ini amat padan dan cantik. Posture mereka pada aku yang terbaek dalam banyak2 pengantin yang aku ambil. Almaklumlah kedua2nya pun polis... dalam hati aku patutlah pun...hehe

2. Majlis berjalan lancar dengan cuaca yang baik berona warna biru menyerlahkan lagi majlis yang ringkas ini. Banyak aksi2 yang ingin aku buat tetapi disebabkan pengantinnya kurang sihat terpaksa aku bantutkan hasrat aku kerana memberi ruang pengantin untuk berehat. Walaubagaimanapun, daya kretiviti tak terbatas dek kerana tak dapat ber outdoor. Parit di sebelah rumah pun boleh dijadikan prop jika mahu. Alhamdulillah, masih ada ruang kretiviti yang boleh dicipta. Terima kasih Allah.

3. Sesi foto tamat pada jam 4.30 ptg dan selepas itu aku ke sesi fotografi di Sri Medan pula bersama Khairi Mohd bagi membantu beliau untuk pengantin dia pula.. Penat memang penat, tapi disebabkan minat dan tugas, tak terasa penat tu... So tugas selepas ini apa lagi... edit gambar la...hold byk album dalam laptop ni... buat pelanggan2 sabar yer... doakan kesihatan aku sudah...

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments