Rabu, Julai 04, 2012

Majlis Persandingan | Nur Hidayah & Mohd Zamzirin | 9 Jun 2012 | Kampung Parit Hj Ali Laut, Batu Pahat

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Agak lewat entri kali ini dan boleh dikatakan lewat hampir 3 minggu. Maaf kerana byk perkara yang perlu difikirkan di pejabat. Audit la, statistik la dan macam lagi lah. Pengantin kali ini adalah pasangan yang sama ketika akad nikah sebelum ini iaitu Hidayah dan Zamzirin. Pasangan yang ceria dan juga keluarga yang sporting.

2. Sesi outdoor hanya dilakukan dibelakang rumah Hidayah sahaja dan ianya mencabar kretiviti aku. Set lighting digunakan bagi menambahkan seri pada sesi outdoor kali ini. Rasanya tak byk aku nak cerita, jadi bagilah gambar berbicara. Jumpa lagi dientri seterusnya iaitu bagi sesi bertandang pula....

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Khamis, Jun 21, 2012

Majlis Akad Nikah | Nur Hidayah & Mohd Zamzirin | 7 Jun 2012 | Kampung Parit Hj Ali Laut, Batu Pahat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Agak lambat kali ni punya entri atas sebab2 yang tak dapat dielakkan dan kesibukkan kerja2 di pejabat. Tugasan kali ini adalah bagi Akad nikah bagi pasangan Nur Hidayah dan Mohd Zamzirin yang berlangsung di Kampung Parit Haji Ali Laut pada 7 Jun 2012 Khamis...Khamis??? Ya Khamis lebih kurnag jam 3 petang. Pada awalnya agak terkejut juga aku, sebab jarnag2 orang nak akad nikah pada hari selain dari hari Jumaat ataupun Sabtu. Rupanya2 hari tersebut merupakan hari lahir bapa kepada Nur Hidayah dan aku kira ianya disambut ketika semua berada dirumah. Tahniah pakcik...

2. Majlis berlangsung dengan teratur dan kemas. Majlis akad nikah tidak terhenti disitu sahaja, ianya bersambung dengan Majlis berinai yang dihadiri sanak saudara yang menginaikan pengantin. Ceria, meriah dan kecoh... itu yang dapat aku simpulkan bila saudara mara Hidayah terlibat sama... Memang happening... aku yang pening...hahah... 

3. Atas permintaan, Hidayah meminta aku untuk menjalankan sesi outdoor ringkas dan aku dapati disekliling rumah Hidayah byk tempat2 menarik yang dapat dijadikan latar. Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.30 petang semua sesi selesai dan seperti biasa bontrot tak ketinggalan bagi masyarakat Johor.. Terima kasih...

Nantikan gambar2 bagi Majlis Persandingan pula...

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Khamis, Jun 14, 2012

Majlis Bertandang | Norfauziana & Zainizan | 3 Jun 2012 | Kampung Parit Bengkok, Bagan, Batu Pahat


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Pertamanya rasanya agak lamabat entry kali ini untuk aku terbitkan. Yelah tiap2 minggu sibuk dgn tugasan perkahwinan yang perlu diselesaikan. Bila ada masa baru lah nak update. Alhamdulillah entri kali ini adalah bagi pasangan Zainizan & Norfauziana, pasangan yang sama bagi majlis perkahwinan di Kluang. Kali ni bagi majlis bertandang pula... Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan cuaca memihak kali ini kepada pasangan. 

2. Majlis berlangsung di Kampung Parit Bengkok, Bagan, Batu Pahat (yang pada asalnya ingat kat Parit Bengkok, Parit Raja)....Majlis bertemakan warna hitam dan putih manakala pakaian pengantin bertemakan warna kelabu. Sesi outdoor pula di lakukan di sekitar kawasan Sungai Balang Besar, yang pada aku tempat yang menarik untuk dilawati. Insyallah datnag lagi nak shoot landskap pula...

Akhir sekali, Selamat Pengantin Baru buat pasangan pengantin yang sangat sporting melayan kerenah aku. Korang memang best sebab sama cantik dan sama padan....Jangan serik yer...hehe

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments