Rabu, Mei 09, 2012

Majlis Bertandang | Nor Hasbullah Bin Arpin & Nurul Fadilah Binti Zakaria | 5 Mei 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Seperti dijanjikan ini adalah majlis kedua di hari yang sama selepas majlis bertunang Mariana. Majlis ini merupakan majlis bertandang bagi pasangan Nor Hasbullah Bin Arpin & Nurul Fadilah Binti Zakaria yang berlangsung di Parit Lahak, Tongkang Pecah...(hampir sesat aku nak ke sini). Pasangan ini amat padan dan cantik. Posture mereka pada aku yang terbaek dalam banyak2 pengantin yang aku ambil. Almaklumlah kedua2nya pun polis... dalam hati aku patutlah pun...hehe

2. Majlis berjalan lancar dengan cuaca yang baik berona warna biru menyerlahkan lagi majlis yang ringkas ini. Banyak aksi2 yang ingin aku buat tetapi disebabkan pengantinnya kurang sihat terpaksa aku bantutkan hasrat aku kerana memberi ruang pengantin untuk berehat. Walaubagaimanapun, daya kretiviti tak terbatas dek kerana tak dapat ber outdoor. Parit di sebelah rumah pun boleh dijadikan prop jika mahu. Alhamdulillah, masih ada ruang kretiviti yang boleh dicipta. Terima kasih Allah.

3. Sesi foto tamat pada jam 4.30 ptg dan selepas itu aku ke sesi fotografi di Sri Medan pula bersama Khairi Mohd bagi membantu beliau untuk pengantin dia pula.. Penat memang penat, tapi disebabkan minat dan tugas, tak terasa penat tu... So tugas selepas ini apa lagi... edit gambar la...hold byk album dalam laptop ni... buat pelanggan2 sabar yer... doakan kesihatan aku sudah...

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Ulasan