Selasa, Mei 22, 2012

Majlis Perkahwinan | Fatimah Azzahraa & Mohd Aminurrasyid | 19 Mei 2012 | Parit Haji Abdul Salam, Simpang 5

  
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Entri kali ni bagi pasangan Fatimah & Amin, majlisnya berlangsung di Kampung Parit Haji Abdul Salam. Diam tak diam tempat ni dah dua kali aku masuk dan kebetulan bersebelahan jer dengan tugasan aku sebelum ni Syaz & Fazir tahun lepas. Majlis berlangsung dengan penuh susun atur majlis ke Islaman. Tidak terlebih tidak terkurang. Alhamdulillah terasa diri ini bersyukur atas segala nikmat diberikan. Kebetulan ayah kepada pengantin perempuan pun adalah seorang imam masjid. Maka sesuailah dengan keadaannya. 

2. Majlis kali ini aku anggap adalah yang terpantas dalam sejarah aku selama menjadi seorang jurufoto perkahwinan. Apa tidaknya, dimulakan dengan majlis akad nikah yang berlangsung lebih kurang jam 10 pagi dan diakhiri lebih kurang jam 11 pagi, salin baju untuk berarak dan berarak pada jam 11.15 pagi dan terus ke makan damai. Sesi posing2 selesai jam 12.30 tengahari. Dan untuk pertama kalinya aku bawak pengantin shoot outdoor jam 1.30 tengahari dan selesai jam 2.00 petang. Tetapi ada hikmah disebalik apa yang berlaku, kesihatan yang diberikan hanya bertahan pada jam 2.30 petang... dan nasib baik aku dah cover semua majlis tanpa rasa ada apa2 missing lagi. jam 3.00 petang aku mohon keizinan pengantin untuk pulang disebabkan aku dah nak rasa nak pitam. (aku kena demam urat disebabkan sebelum ni aku join Kembara Mahkota Johor 2012, nanti aku kongsikan gmabar juga)

3. Walaubagaimanapun aku tetap puji kepada pasangan kerana sudi untuk shoot outdoor walaupun ditengahari yang panas. Outdoor berlangsung di Pantai Telok Bakong. Kawasan yang unik dan indah. Pada mata aku lah... walaupun kadang2 kebanyakkan pengantin kau tanya, Cantik ke tempat ni...hehehe... Itulah bezanya mata jurugambar dan mata orang biasa.. Kami telah dilatih seni melihat (art of seeing).

Cakap tak guna...layan jer gambar... harap2 pengantin suka....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Ulasan