Selasa, Mei 22, 2012

Majlis Persandingan | Siti & Fadzil | 5 Mei 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Agak lambat aku update entri kali ni walaupun ianya berlaku sama dengan entri2 sebelum ini. Ini disebabkan tugasan yang amat sibuk terutamanya Konvoi Kembara Mahkota Johor yang aku sertai memerlukan komitmen yang tinggi. Walaubagaimanapun entri kali ni tetap aku naikkan. Seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini, majlis ini adalah majlis persandingan bagi Siti & Fadzil yang berlangsung 5 Mei 2012. Aku cuma membantu saudara Khairi Mohd dalam sesi outdoor sahaja. Maka gambar pun tak banyak.

2. Sesi outdoor berlangsung di Taman Botani Seri Medan yang agak terkenal dengan lokasi2 bagi pengantin2 yang inginkan gmabar outdoor. Tidak kurang dari 7 pengantin yang shoot di tempat yang sama ketika ini. Cabaran kami adalah untuk menghasilkan idea yang berbeza. Itulah yang telah kami diajarkan oleh guru kami Rahmat Bin Ali. Hasilkan kelainan dari orang lain. 

Ok gambar tak banyak biar gambar jer berbicara.... selamat menonton

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
  




Facebook Comments


Rabu, Mei 09, 2012

Majlis Bertandang | Nor Hasbullah Bin Arpin & Nurul Fadilah Binti Zakaria | 5 Mei 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Seperti dijanjikan ini adalah majlis kedua di hari yang sama selepas majlis bertunang Mariana. Majlis ini merupakan majlis bertandang bagi pasangan Nor Hasbullah Bin Arpin & Nurul Fadilah Binti Zakaria yang berlangsung di Parit Lahak, Tongkang Pecah...(hampir sesat aku nak ke sini). Pasangan ini amat padan dan cantik. Posture mereka pada aku yang terbaek dalam banyak2 pengantin yang aku ambil. Almaklumlah kedua2nya pun polis... dalam hati aku patutlah pun...hehe

2. Majlis berjalan lancar dengan cuaca yang baik berona warna biru menyerlahkan lagi majlis yang ringkas ini. Banyak aksi2 yang ingin aku buat tetapi disebabkan pengantinnya kurang sihat terpaksa aku bantutkan hasrat aku kerana memberi ruang pengantin untuk berehat. Walaubagaimanapun, daya kretiviti tak terbatas dek kerana tak dapat ber outdoor. Parit di sebelah rumah pun boleh dijadikan prop jika mahu. Alhamdulillah, masih ada ruang kretiviti yang boleh dicipta. Terima kasih Allah.

3. Sesi foto tamat pada jam 4.30 ptg dan selepas itu aku ke sesi fotografi di Sri Medan pula bersama Khairi Mohd bagi membantu beliau untuk pengantin dia pula.. Penat memang penat, tapi disebabkan minat dan tugas, tak terasa penat tu... So tugas selepas ini apa lagi... edit gambar la...hold byk album dalam laptop ni... buat pelanggan2 sabar yer... doakan kesihatan aku sudah...

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Mei 07, 2012

Majlis Pertunangan | Mariana Binti Hussin & Mohd Azry Bin Zainol Abidin | 5 Mei 2012


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Hari yang memenatkan bagi aku kerana dalam satu hari kena bekerja untuk 3 majlis yang dimulai dengan Majlis Pertunangan Mariana Binti Hussin & Mohd Azry Bin Zainol Abidin pada 5 Mei 2012 pagi hari. Pada tengaharinya pula bagi majlis bertandang yang akan aku update sedikit masa lagi dan petangnya sesi outdoor bagi pasangan pengantin juga bagi membantu Khairi Mohd di Taman Botani. Peghhh letihnya..

2. Majlis ni boleh dikatakan last minute juga atas permintaan Mariana yang juga rakan setempat kerja UTHM. Walaubagaimanapun majlis berjalan lancar dan tepat pada waktunya. Alhamdulillah gambar2 berjaya diambil walaupun sedikit. Yelah majlis bertunang jer pun. Insyallah untuk majlis akad nikah, sanding dan bertandang jika ada rezeki kita boleh bekerja sama lagi yer Mar.

Sekian, dah penat...tidooooooo

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6







Facebook Comments


Rabu, Mac 14, 2012

Nor Azlira & Muhd Khomeini | 11 Mac 2012 | Taman Megah, Batu Pahat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Tugasan kali ini adalah bagi pasangan Nor Azlira & Muhd Khomeini ataupun lebih dikenali dengan nama Ira & Ateh. Majlis dimulakan dengan akad nikah yang bermula pada 10 Mac 2012 dan di teruskan masjli persandingan pada 11 Mac 2012. Tahniah diucapkan. Sweet sangat pasangan ni yang pada aku sama cantek sama padan. Bagi keluarga Kak Sharifah, ini merupakan kali pertama majlis seumpama ini di langsungkan kerana Ira merupakan anak pertama. Aku juga ucapkan tahniah kepada pasangan ini kerana telah menamatkan zaman bujang mereka pada usia muda iaitu 20 tahun dan 23 tahun. Jarang sekali pasangan muda ingin mendirikan rumah tangga pada usia begini. Tahniah anda telah mengelakkan perkara2 yang tidak diingini...

2. Tugasan ini aku ditemani dengan Khairi Mohd (Manggaitukuning) yang byk membantu aku dalam penyediaan lighting. Perkara baru bagi aku pada kali ini adalah penggunaan lighting bersama softbox disebabkan punca cahaya yang agka kurang di majlis ini. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dikehendaki. Walaupun pada tengaharinya, hujan rahmat melimpahi seisi alam, majlis tetap berjalan lancar.

3. Tahniah pada pengantin, layan dulu gambar2 di blog yer....

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments