Khamis, Julai 26, 2012

WTS Tokina ATX PRO 28-80mm F2.8 SD


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Rasanya dah tiba masanya untuk aku melepaskan lens ni. Puas jugak aku gunakan dan dah banyak wedding telah berjaya melalui lens ini. Diharap lens ini dapat berbakti dengan tuan barunya nanti. Jadi sesiapa yang berminat boleh la menelefon aku dan sesiapa yang dekat boleh lihat sendiri lens ini. Rundingan masih dibuka sehingga jadi... Maklumat lanjut berada di bawah:

【ITEM】 Tokina ATX PRO 28-80mm F2.8 SD
【Package includes】 Original Golden Tokina Box, Hood, Lens Cap front and back, Manual, Lens case
【Price】 RM1200 (nego)
【Warranty】 NIL
【Dealing method】 Postage (add RM20), COD Batu Pahat, Kota Tinggi, Johor Bahru
【Contact method/details】 0197703066
【Item(s) conditions】 9/10
【Reason for sale】Top up for buying other lens

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Selasa, Julai 24, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan dan Berpuasa

Adhwa Dina ketika di dapur membantu memasak untuk berbuka puasa
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan juga selamat menjalankan ibadah berpuasa. Pejam celik pejam celik sekejap berjumpa kembali dengan bulan Ramadhan. Pada bulan ni juga aku akan menyambut majlis harijadi anak pertama ku A'ina Sarah yang lahir pada 25 Julai 2009, genap 3 tahun (bukan dalam gambar). 

2. Diharap Ramadhan kali ini dapat aku menyempurnakan ibadah terawikh yang dinanti-nantikan setiap tahun oleh umat Islam dan buat sahabat2 beragama islam selamat berpuasa dan ingat, kawal2 nafsu membeli makan tu yer....hehe

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
 

Facebook Comments


Khamis, Julai 19, 2012

Majlis Pertunangan | Resshah & Izwan | 7 Julai 2012 | Taman Daya, Johor Bahru

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Tugasan kali ini amat istimewa sikit kerana ia melibatkan adik aku sendiri iaitu Mohd Khairul Izwan Bin Ibrahim dgn pasangannya Resshah Binti Rashid. Kiranya aku ni wakil pihak lelaki la... Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan tiada sebarang masalah berlaku. Rombongan lelaki diwakili oleh adik beradik mak aku kerana adik beradik aku hanya 2 orang sahaja...hehe... 

2. Majlis disambut meriah dengan ada nya pelamin dan segala bagai. Dah macam majlis akad nikah pulak kan... Tapi takperlah bukan selalu kan...Apa pun tahniah aku ucapkan dan insyallah kita berjumpa di majlis perkahwinan nanti. Tak sangka dah besar dah adik aku ni. Rasanya hidup ni sekejap jer. 

3. Kenapa tiba2 ayat aku ni macam tak pandai buat ayat yer...wakakakaka

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Khamis, Julai 12, 2012

Majlis Bertandang | Nur Hidayah & Mohd Zamzirin | 1 Julai 2012 | Kampung Parit Puteri Menangis, Benut



 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Tugasan pada 1 Julai 2012 membawa aku ke daerah Benut, Kampung Parit Puteri Menangis dan pasangan ini merupakan pasangan yang sama di Kampung Parit Hj Ali iaitu Hidayah dan Zamzirin. Cuma kali ini bagi majlis bertandang pula.

2. Agak menarik tempatnya kerana aku dapati byk tempat2 yang boleh dijadikan background bagi sesi outdoor. So tak perlu byk cerita sebab korang bukan nak baca cerita aku kan. Mesti nak tengok gambar jer kan... So layan jer lah gambar2 ni...

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Selasa, Julai 10, 2012

Majlis Persandingan | Sarah & Khalis | 30 Jun 2012 | Dewan Jubli Intan, Batu Pahat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Tugasan pada 30 Jun 2012 merupakan tugasan khas oleh saudara Rahmat Ali yang telah diamanahkan untuk aku selesaikan. Pasangan Sarah & Khalis menjadi subjek utama pada majlis perkahwinan mereka yang gilang gemilang. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa shot yang agak kurang menjadi tetapi tetap masih boleh digunakan. 

2. Majlis bertemakan musim bunga sakura (menurut andamanlah) menceriakan lagi majlis. Tak lupa juga sanak saudara pengantin yang khas datnag dari Indonesia menggamatkan lagi suasana. Sesi photoshoot berakhir pada jam 5 petang dan shoot bagi outdoor pula bersambung pada hari Selasa 3 Julai 2012 di sekitar UTHM.





 3. Bagi sesi outdoor pula, saudara Rahmat Ali terlibat sama dan aku hanya sebagai 2nd fotografer. Gambar diambil sekitar UTHM yang kebanyakkan berlatar belakangkan Dewan Utama UTHM dan Perpustakaan UTHM. Sesi outdoor pertama telah berlangsung di padang golf Batu Pahat yang pada tika itu aku tidak terlibat sama atas urusan kerja. Oklah, walaupun gambar di UTHM ni tak byk tapi tetap ada untuk tatapan kedua pengantin baru. Selamat Pengantin Baru dari saya dan kredit sekali lagi kepada Rahmat Ali atas tugasan kali ini

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments