Rabu, Mac 14, 2012

Nor Azlira & Muhd Khomeini | 11 Mac 2012 | Taman Megah, Batu Pahat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Tugasan kali ini adalah bagi pasangan Nor Azlira & Muhd Khomeini ataupun lebih dikenali dengan nama Ira & Ateh. Majlis dimulakan dengan akad nikah yang bermula pada 10 Mac 2012 dan di teruskan masjli persandingan pada 11 Mac 2012. Tahniah diucapkan. Sweet sangat pasangan ni yang pada aku sama cantek sama padan. Bagi keluarga Kak Sharifah, ini merupakan kali pertama majlis seumpama ini di langsungkan kerana Ira merupakan anak pertama. Aku juga ucapkan tahniah kepada pasangan ini kerana telah menamatkan zaman bujang mereka pada usia muda iaitu 20 tahun dan 23 tahun. Jarang sekali pasangan muda ingin mendirikan rumah tangga pada usia begini. Tahniah anda telah mengelakkan perkara2 yang tidak diingini...

2. Tugasan ini aku ditemani dengan Khairi Mohd (Manggaitukuning) yang byk membantu aku dalam penyediaan lighting. Perkara baru bagi aku pada kali ini adalah penggunaan lighting bersama softbox disebabkan punca cahaya yang agka kurang di majlis ini. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dikehendaki. Walaupun pada tengaharinya, hujan rahmat melimpahi seisi alam, majlis tetap berjalan lancar.

3. Tahniah pada pengantin, layan dulu gambar2 di blog yer....

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Mac 05, 2012

Hajar & Faizal | 4 Mac 2012 | Taman Botani, Sri Medan


Salam 1 Malaysia,

1. Kesempatan hari Ahad aku yang masih berada di Parit Raja cuba aku penuhkan dengan aktiviti berfaedah. Setelah selesai majlis perkahwinan hari sabtu, aku cuba merehatkan diri pada hari Ahad. Ternyata aku manfaatkan hari aku dengan tidur. hahaha dengan kata lain membadak.. Bila masuk tengahari terpikir siapa yang ada job yang boleh aku follow. Kebetulan, cikgu fotografi aku Rahmat Ali ada shoot satu majlis di Sri Medan. Dengan tak tahu malunya aku pun mengoferkan diri untuk shoot outdoor pada petang tu merangkap jalan2 la jugak...

2. Apa yang aku suka bila aku ikut Rahmat Ali ni adalah beliau tka pernha lokek ilmu dan sangat peramah. Senang cerita setiap ilmu aku tak payah tnaya 2 kali la kan.. Petang tu di Taman Botani, Sri medan boleh dikatakan amat ramai pengantin yang datang untuk shoot. Termasuk Izan Azri sahabat se UTHM aku. Apapun yang penting ilmu aku dgn abang Rahmat yang byk aku belajar..Walaupun dah byk kali ikut abang Rahmat ni, aku masih rasa banyak lagi rahsia yang masih belum dikongsikan. Takper pelan2 aku korek..

Ok, sedikit buah tangan untuk tatapan pengunjung sekalian...byk update kat FB sekarang...hehe...

NASERIRBAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Ahad, Mac 04, 2012

Asnah & Zool | 3 Mac 2012 | Kampung Seri Menanti, Batu Pahat




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Entry kali ni adalah buat pasangan Asnah & Zool yang telah selamat diijabkabulkan pada 3 Mac 2012. Pertama kali bertemu dengan Asnah, beliau seorang yang agak pendiam dan nampak berhati2. Tidak ada satu emosi dan pergerakkan pun yang menampakkan beliau ni seorang yang amat berbakat dalam bidang modeling.

2. Hari yang dinanti telah tiba, dan aku amat terkejut kerana setiap gerak geri Asnah byk membantu aku dalam shoot kali ini. Seperti orang lain yang aku jumpa kali ini. Walau apa pun, memang seronok shoot dengan pasangan ini kerana mereka tahu apa yang mereka nak. Banyak pose2 yang menarik dan ini sekali gus memudahkan  kerja aku. Lokasi shoot adalah di sekitar UTHM yang pada aku byk tempat2 menarik dengan tema baju pasangan ini.

3. Bermula shoot outdoor pada jam 5.15 dan akhirnya pada jam 7.00 ptg... Alhamdullillah stamina masih bertahan dan jika mereka nak lagi aku masih boleh shoot sampai malam..hahaha..Padahal dah naik semput dah ni...kehkehkeh... Tahniah pada pasangan dan aku ucapkan Selamat Pengantin Baru... Nantikan album ya.....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments