Isnin, November 29, 2010

Zura & Tuah | Akad Nikah


1. Zura & Tuah...Tanggal 27 November 2010 pasangan ni selamat di ijab kabul kan dalam satu majlis yang unik bertemakan Arab...teruja gak aku bila ada tema2 yang unik ni....dan by record this is the wedding that i snap more than 1000 snap... hehe....yelah pasangan yang sama cantik sama padan ni....memang sesuai didepan kamera...boleh dikatakan fotogenik....majlis kali ni telah berlangsung di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi....Jauh tempatnya.....hehe

2. Andaman dari Ibu Noor memang menaikkan lagi seri wajah Zura...Ibu Noor ni asalnya dari Indonesia dan first time aku bekerjasama dengan Ibu Noor...orangnya ramah dan aku salute dengan pakaian yang dibawa....semuanya cantek banget....ngetop gitu....hehhe....

3. Majlis berakhir di sekitar jam 6.30 petang dan bersambung dengan majlis berinai.. Insyallah sikit masa lagi aku upload gambar majlis berinai pula yang juga agak unik bagi aku....nantikan gambar2 dari aku...
Sekian, hope enjoy with my picture...kasi komen la ye....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Khamis, November 18, 2010

Qurban Outing Reports

Dari depan: Aku dan Rahmat. Tengah: Farah Keri dan Iqbal. Belakang: Sheha dan Lily

1. Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan lancar. Selamat Hari Raya Aidiladha. Seperti yang dijanjikan, satu outing yang dikendalikan oleh bro Rahmat telah dijalankan di Kampung Mohd Noor. Outing yang menyeronokkan ni telah disertai oleh aku sendiri, Keri, Iqbal, Farah, Lily dan juga Sheha....3 lelaki 3 perempuan...ngam2 tu...hehe...Konsep kali ni adalah photojounalist. 

2. Seperti biasa, kalau berkerja dgn bro Rahmat yang pertama mesti sarapan...heheh dan tengah2 sarapan bro Rahmat telah beri sedikit taklimat bagaimana untuk shoot event kali ni. Cuaca yang baik mambantu kami satu team untuk mendapatkan shot2 yang terbaik....terbaik ker...hehe....Dan kami juga bukan shoot di Kg ni jer...kami juga ke Kampung Parit Lahak ..untuk shoot benda yang sama atas permintaan ketua kampung.. Alhamdulillah puas jugak la ambik gambar seharian. 6 ekor lembu telah berjaya di korbankan.

3. Seperti kebiasaan, bro Rahmat tak lokek dgn ilmu. Penceritaan dari segi angle, konsep, jenis gambar, moment dan juga lighting diceritakan secara detail. Byk yang kami dapat belajar pada outing kali ni. Thanks bro....your the best teacher.Dan tak lupa juga pada sahabat2 lain termasuk gadis2 fotografer...korang memang havoc....ceria outing kali ni...harap2 lepas ni dapat jumpa lagi....Sesi outing ni telah tamat pada jam 3 ptg dgn diakhiri aktiviti terkahir dgn sesi kritik dan memuji....hahhaha....

Oklah....panjang sgt dah...minggu ni ikut Bro Rahmat lagi tapi kali ni shoot wedding....nantikan gambar2 menarik dari aku...

Ps:Arghh balik kena basuh kereta sebab waktu pergi ke kampung lain kita orang naik satu kereta dan kereta tu kereta aku...tapi takper....semuanya happy dan kemampuan EXORA terbukti hebat dgn keluasan dan kuasanya....hehehheh

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Isnin, November 15, 2010

Qurban Outing

Ehsan Gambar Dari NR Photography (Saudara Rahmat Ali)
Assalamualaikum,

1. Ada satu outing yang amat baik untuk kita pelajari pada hari raya qurban ni. Aku tolong promot jer sebab aku juga akan ke lokasi untuk menambahkan ilmu yang semain cetek ni....hehehe...berikut adalah petikan 'TIRU DAN TAMPAL' direct dari facebook saudara Rahmat Ali:
Qurban Outing!! Di sini sy. menjemput kepada sesiapa yg. membaca thread ni especially photograperz sekitar Batu Pahat...satu outing "Qurban" akan sy anjurkan diperkarangan rumah sy. sempena ketibaan Hari Raya Korban 1431H.

Objektif :     Pendedahan kepada taknik fotografi "Kewartawanan Foto" (Photojournalist) & silaturrahim.
Bertempat : No.50, Kg. Mohd Noor, Bt.5, Parit Sulong, 83500 Batu Pahat Johor.
Masa :         Selepas Solat Aidil Adha.
Syarat:        Memiliki DSLR & tidak alahan darah.
*p/s: makanan disediakan (makan apa yang ada..!) & semuanya FREE...program perkongsian ilmu & pengalaman semata-mata..

 2. Diharap kita semua mendapat manfaat dari saudara Rahmat Ali sebab dia ni otai gak di Batu Pahat ni....to make the best is learn from the best...hehe betul ker perumpamaan aku ni....Buat sapa2 dari UTHM yang nak join aku boleh call atau sms aku...boleh pergi satu kereta....kalau korang nak la....kita gi solat raya sama2 dan pastu shoot sama2....hehe...


Salam Aidil Adha

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Musim Haji & Hari Raya Qurban

Mak dan Abah ketika melakukan umrah 1 setengah tahun yang lepas
1. Pejam celik pejam celik dah sampai musim haji. Teringat waktu mak abah pergi umrah, terasa sayunya untuk meninggalkan mereka. Tapi itu merupakan langkah pertama untuk mereka pergi haji dan menyempurnakan rukun Islam ke 5. Insyallah aku doakan mereka akan dapat menyempurnakan haji mereka tak lama lagi.

2. Hari Raya Qurban akan menjelma pada hari Rabu ni. Nampaknya aku takkan kemana2 selain di rumah sahaja kerana cuti satu hari jer..Stanby cuti untuk bulan 12 nanti...hehe....Mungkin akan rasa sedih sikit sebab boleh dengar takbir raya sebelah jer dgn rumah sewa aku ni...Harap2 adalah yang hulur ketupat ker...rendang ker....hahhaha....

3. Rasanya aktiviti aku cuti ni adalah untuk menyiapkan custom album yang masih belum siap ni....oklah kerja kerja kerja....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Selasa, November 09, 2010

Kursus Khidmat Pelanggan Cemerlang - Siri 2


1. Dua hari aku berkursus yang bermula pada 8-9 November 2010 berkenaan dengan Kursus Khidmat Cemerlang yang telah dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar. Penceramahnya adalah En. Affendi Hashim (http://affendihashim.blogspot.com/), pensyarah UTM juga sebagai motivator dan konsultan.Sesi yang padat dengan ilmu, lawak jenaka dan juga aktiviti amat seronok diikuti...Pada mulanya aku agak terpaksa untuk hadir tapi bila dah join, alhamdulillah memang best. Thanks En. Affendi kerana membuatkan kursus ini menarik.

2. Aktiviti pada hari kedua agak mengingatka aku pada kelas Ekonomi Rumah Tangga (ERT) pada zaman aku sekolah dulu...hehe..tapi aku tau motifnya....Mewujudkan kerjasama antara ahli dan juga menimbulkan kretiviti dikalangan ahli...disamping elakkan dari mengantuk...hehe..

3. Oklah cerita byk pun tak guna...gambar menceritakan seribu makna....hehe...

Assalamualaikum....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Isnin, November 08, 2010

Anis & Cha | Sanding


1. Selang seminggu dari tarikh akad nikah Anis & Cha tanggal 16 Oktober 2010 pasangan ni selamat disandingkan didalam majlis yang meriah. Majlis yang cukup cantik dan hari yang byk memihak kepada pasangan pengantin dan juga fotografer. Sekali lagi terima kasih kepada fotografer Keri kerana sudi ikut buat kali yang keberapa pun tak tau...hehe...

2. Amat terseksa aku pada waktu ni kerana pada waktu ni aku baru jer baik dari penyakit sakit mata tetapi belum pulih seratus peratus demam urat....Shot yang diambil cukup tapi untuk badan aku kurang puas sebba aku tak dapat nak lari2 baring2 mahupun berguling2....hingus dan batuk bersilih ganti....nasib baik keri ada....

3. Sesi outdoor pada kali ni diadakan di padang golf Batu Pahat dan juga disekitar kedai2 lama di pasar lama Batu Pahat. Agak mencabar disebabkan dalma suasana kelam malam aku terpaksa menahan sakit demam urat ku ini sambil memikirkan shot2  terbaik....arghhhh....sorry to both of pengantin sebab tak dapat beri 100% kepada shot...ape2 pun yang terbaik insyallah dapat diberikan....

Oklah....selamat pengantin baru...dan selamat meayari blog ni


NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Selasa, November 02, 2010

Anis & Cha | Akad Nikah


1. 10 Oktober 2010. Tarikh popular bagi ramai pengantin-pengantin yang ingin mengabadikan saat manis mereka pada waktu ni. Sehinggakan angkasawan negara pun memilih tarikh ni untuk majlis mereka. Ok, majlis kali ni bagi pasangan Anis & Cha yang berlangsung di Surau Parit Baring, Batu Pahat. Hanya majlis akad nikah berlangsung semata2 tarikh yang best ni...Majlis Persandingan mereka telah berlangsung seminggu kemudian yang aku akan upload sedikit masa lagi.

2. Majlis yang simple dan pada saat ni aku masih keletihan kerana tugasan majlis konvokesyen UTHM belum lagi selesai. Ditemani dengan fotografer Keri kerja aku agak mudah. Alhamdulillah kebanyakkan shot yang aku rancang menjadi. Apa-apa pun tahniah kepada pasangan pengantin dan aku juga mohon maaf jika keadaan aku waktu tu mungkin kurang sihat...apa yang terbaik tetap aku berikan...Thanks Anis....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments