Khamis, Oktober 06, 2011

Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2011


1. Majlis graduasi SMKTD yang buat julung kalinya dilakukan dengan penuh istiadat seperti majlis konvokesyen di universiti. Tahniah kepada guru2 yang berusaha keras untuk menjayakan majlis kali ini. Aku bersama-sama Hairul Abu Bakar (e-fotosintesis) diberikan tanggungjawab untuk mengambil gmabar2 majlis pada kali ini.

2. Secara bidan terjunnya Hairul Abu Bakar menelefon aku untuk membantu beliau dalam majlis kali ini. Memang takda langsung pengalaman aku dalam majlis seperti ini. Universiti punya biasanya ambik event jer. Untuk ambik gambar setiap sorang tu memang tak pernah la. Tapi pada aku ianya pengalaman baru buat aku untuk terus maju lagi. Yelah sampai bila nak main wedding jer kan. Apa pun terima kasih kepada Hairul kerana jemput aku kali ni. Insyallah akan ada lagi selepas ini kan... Masyukkkkkk...hehhe

3. Buat pelajar2 tingkatan 6 dan 5 SMKTD aku ucapkan tahniah pada korang kerana berjaya tamat peringkat sekolah. Selepas ini akan ada byk lagi konvokesyen yang korang akan hadapi. Ingat dunia diluar tidak seindah yang disangka. Kerja keras perlu untuk pergi lebih jauh. Apap pun tahniah pada semua. Aku doakan kornag berjaya.

Sekian, terima kasih


NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments