Selasa, Julai 12, 2011

Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30 - Episode 3


1. Episode 3 bagi Majlis Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30. Byk gambar2 kat sini lebih kepada kegembiraan para kadet bersama keluarga dan sahabat2. Seronok waktu ni bila shoot sebab masing2 keluar dari dunia tentera dan apa yang aku nampak diornag friendly giler...Suruh jer posing aper2 cepat jer yang nak ikut sama..oklah dah penat buat karangan, kornag layan jer gambar ni yer...

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30 - Episode 2


1. Seperti dijanjikan berikut adalah episode 2 bagi Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30 yang merangkumi jemputan-jemputna yang hadir baik VVVIP hinggalah para ibu bapa dan sanak saudara. Semuanya dalam keadaan bangga dengan melihat pejuang2 bangsa segak mengenakan pakain no. 1 di padang kawad. Terlalu ramai untuk aku sebutkan satu persatu jemputan2 yang hadir. Cukuplah gambar menceritakan segalanya...

2. Insyallah episode 3 akan menyusul dan nantikan sebentar sahaja lagi....terima kasih kerana melawat blog ini

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Julai 11, 2011

Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30 - Episode 1


1. Alhamdulillah tamat sudah tugasan kali ini bagi Majlis Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Majlis berlangsung dengan penuh protokol diRaja dan tentera. Ramai yang hadir termasuk wartawan dan tidak ketinggalan ibu bapa pada kadet. Tentu mereka amat berbangga melihat anak2 mereka di lapangan kawad lulus dengan cemerlang.

2. Gambar kali ini aku hanya upload mengikut episode yang pada aku episode pertama ini adalah episode yang menunjukkan acara wajib/ mesti ada di dalam istiadat ini. Insyallah episode ke 2 akan menyusul dan ianya bakal menunjukkan gambar2 para hadirin yang hadir. Episode seterusnya akan dipikirkan kemudian dan diharap pengunjung blog aku ni dapat bersabar...Insyallah akan ada 1 post di mana aku akan memilih 10 gambar terbaik dari penglihatan lens aku....apa pun enjoy the pictures..thank you

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Beli lagi barang kamera


1. Rasanya bulan ni aku bernafsu sikit nak tambah aksesori kamera dan aksesori terbaru adalah seprti gambar diatas iaitu beg dan bukan lens tetapi hood. Beg yang dibeli adalah jenis 7 Million Home Crumpler. Jenama ini amat terkenal dikalangan fotografer kerana materialnya yang kuar dan juga design beg yang tidak seperti beg2 kamera yang berada di pasaran. Aku memilih warna biru kerana ianya tidak menampakkan ianya beg kamera. Amat bergaya bila aku bawak beg ini..cewah puji diri sendiri pulak. Beg ini aku beli melalui online forum.

2. Barang yang kedua adalah Hood Bunga (Flower Hood) untuk Nikon AFD 80-200mm aku. Agak susah nak cari barang ni disebabkan dipasaran Malaysia hanya terdapat hood jenis skru sahaja. Kalau ada yang jenis masuk terus hanya sedikit sahaja dan itu pun mahal sangat. Alhamdulillah, setelah melayari internet akhirnya aku berjaya jumpa di Ebay, pusat membeli belah terbesar dan terkenal didunia. Aku beranikan diri untuk membeli produk ini walaupun barangan nya dari China. Alhamdulillah sekali lagi apabila tepat 11 hari meng'oder'kan barang tersebut akhirnya sampai diatas meja kerja aku. Gembira tak terkata dan balik jer rumah terus test pada lens aku...Muat dan tak perlu skru2...senang dan lens aku dah nampak amat segak...terima kasih kepada pembekal...

3. Bila difikirkan balik kebanyakkan barang aku, aku beli melalui online dan apa yang aku lihat online ni byk memudahkan kita jika kita sendiri pandai menggunakannya...Bukan sahaja mudah malah kadangkala barnag yang kita beli harganya lebih murah  berbabanding kita beli dikedai...Silap2 boleh tawar menawar lagi...Apa pun baik transaksi online atau pun realiti, kita perlu berhati2 kerana semuanya melibatkan duit dan kita tak nak duit kita melayang begitu sahaja...

Baiklah nak edit gambar lagi ni...

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Ahad, Julai 10, 2011

Aktiviti Sebelum Istiadat Pentauliahan Palapes ke 30

1. Terima kasih kepada semua pelawat blog terutamanya budak2 Palapes dari seluruh universiti di Malaysia yang terlibat dengan Istiadat Pentauliahan Palapes ke 30 di UTHM. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sebelum hari istiadat berlangsung. Pada 2 Julai 2011, Sabtu satu program Jelajah Jiwa Murni yang melibatkan semua kadet Palapes ke 12 kampung2 disekitar Batu Pahat dan program ini berlangsung di semua tapak perkuburan yang telah disediakan. Aku bersama team Mohd Iqbal, Norizan dan Sharul Ahmad sebagai videografer. Tahniah pada korang sebab berjaya maintain stamina. Suasana panas terik tidak menghalang kami dan juga kadet Palapes untuk menjalankan tugas kami.


2. Pada 7 Julai 2011, Khamis pula satu Majlis Tahlil dan Yassin di jalankan sempena Istiadat Pentaulihan Palapes ke 30. Selepas solat Maghrib, majlis telah dijalankan dan majlis telah dihadiri semua kadet dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Aku pada ketika itu kebetulan berada didalam majlis tersebut mengambil peluang untuk snap beberapa gmabar yang pada aku ada value yang mungkin boleh digunakan.


3. Hari yang dinantikan semakin hampir dan pada 8 Julai 2011 adalah hari terakhir bagi kadet2 Palapes ini untuk mengadakan raptai terakhir dan memberikan segala komitmen terhadpat majlis yang jarnag2 sekali berlaku. Sekali lagi bersama Mohd Iqbal, Izan Azri dan Sharul Ahmad kami secara sukerelanya menjalankan tugas untuk cover disekitar majlis. Kali ini kami cuba untuk cover aktiviti kadet Palapes selepas dari latihan kawad kaki. Teserlah kegembiraan diwajah mereka dan hilang raut serius mereka. Alhamdulillah kehadiran kami disambut mesra dan riang. Kalau ikut kan byk lagi gmabar tetapi apa yang ada disini adalah yang terbaik...

Oklah nanti ada masa aku update gambar di sekitar hari Istiadat Pentauliahan Palapes ke 30. Letih tka habis lagi ni...
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Selasa, Julai 05, 2011

Di sebalik tabir Istiadat Pentauliahan Palapes ke 30


1. Seperti yang aku cerita sebelum ni, yang minggu ni aku amat sibuk dengan program Palapes ni. Bukan aku sibuk berkawad tetapi sibuk dengan team fotografi bagi mendapatkan wajah2 di majlis ini. Bagi setiap program jarang sekali kita mengambil tahu orang2 yang berada disebalik tabir dan sering kali kita lupakan. Hari ini sengaja aku upload wajah2 disebalik tabir bagi Majlis Pentauliahan ini dan gambar aku jer takda...hehhe....

2. Hari yang sangat panas dan persediaan telah bermula dari jam 6.30 pagi dan tentau sekali team2 disebalik tabir ini dah tentu lebih awal dari yang lain2...Termasuk juga kami team fotografi bukan sahaja awal malah kena full dress rehearsal...Letih oooo...tapi takper demi pengalaman dan passion terhadap duni fotografi ni aku redahkan jua...cewah...padahal dah macam nak putus kaki dah ni..Ok lepas ni aku akan update gambar2 abang2 askar dan kakak2 askar kita ni... peace
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Outing di Batu Pahat


1. Ahad yang membosankan dirumah menyebabkan aku terlentok dirumah seharian. Tiba2 satu petang Shukor telah menelefon aku untuk bersama2 dalam satu outing di Batu Pahat bertemakan Street Photography. Aku yang boleh dikatakan amat cetek dalam bidang ni datang untuk bersama2 dengan fotografer lain. Alhamdulillah jumlah yang hadir lebih kurang 10 orang dan yang paling penting disini hubungan ukhwah sesama fotografer. Tak byk gmabar yang aku ambik dan aper yang korang lihat diatas ni adalah gambar ni sahaja yang aku ambik. Nampak sangta aku tak reti dalam bidang street photography ni...hehe

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Sabtu, Julai 02, 2011

Minggu yang meletihkan...


1. Minggu ni bakal menguji stamina aku sebagai fotografer kerana dengan rasminya telah dilantik menjadi fotografer rasmi bagi Majlis Pentauliahan Palapes ke 30 yang telah diadakan di UTHM. Aku bersama team2 fotografer yang telah dilantik akan menjalankan tugas sepanjang hari bermula dari 30 Jun 2011 hingga hari kejadiannya 9 Julai 2011. Amat meletihkan tetapi bila dipikirkan balik ianya satu pengalaman hebat yang jarang2 kita dapat.

2. Gambar diatas adalah sebahagian aktiviti latihan dan raptai bagi menjayakan majlis ini. Tahap protokol yang pada aku super duper tinggi membuatkan kami team fotografer amat tertekan dengannya...Takperlah bukan selalu kena tekan. huhuhu....Aku mendokan semoga hari jadinya nanti keadaan cuaca tidka terlampau panas dan amat melegakan...hehe amin...Buat team fotografer kreatif Mohd Iqbal, Norizan dan Khairul, kita buat yang terbaik dan tunjukkan kemahiran kita walaupun mempunyai gadget yang terhad...
Sekian terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments