Isnin, Mei 30, 2011

Liza & Man | Akad Nikah dan Sanding



1. Lama rasanya tak update gambar perkahwinan. Alhamdulillah minggu ni Perkhawinan Liza & Man mengambil temat pada 28 Mei 2011. Sebelum dari itu telah berlangsungnya majlis akad nikah dan majlis berjalan dengan lancar dengan kemeriahan sanak saudara.

2. Liza ni sebenarnya staf kepada isteri aku dan aku berterima kasih kepada isteri aku atas promosinya. Pasangan ni tidak susah untuk aku bekerja kerana masing2 seperti sudah tahu apa yang nak dilakukan. Walaupun penat tetapi kebanyakkan shot berjaya dilakukan. Shot outdoor telah dilakukan di Jeti Tanjung Balau dan telah berakhir pada jam 6.45 petang. Terima kasih kepada yang membantu dan juga kepada FIFI, mak andam + fotografer untuk majlis ini juga. Diharap boleh bekerjasama lagi di masa akan datang.
Sekian, layan gambar2 terbaik dari aku....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Rabu, Mei 25, 2011

Selamat Hari Guru


1. Selamat hari guru aku ucapkan kepada semua guru2 dan juga tenaga pengajar di seluruh dunia. Agak terlambat aku upload gambar hari guru ni disebabkan kesibukkan bekerja dan menjaga anak. Pada 16 Mei 2011, sengaja aku datang ke sekolah lama aku untuk bersama-sama menyambut hari guru. Tahniah kepada team sambutan hari guru SMK Taman Daya kerana menjadikan hari guru tahun ini yang terindah yang pernah aku lihat.

2. Bertemakan English Garden membuatkan majlis kali ini dalam suasana inggeris dan lembut kerana kebanyakkan guru2 memakai pakaian bewarna pink dan putih. Acara kemuncak bagi sambutan ini adalah upacara melepaskan burung dan belon dan yang paling ditunggu-tunggu nyanyian Guru Malaysia dari guru-guru SMK Taman Daya. Memang ke laut suara...haha...tapi happening.

3. Tahniah juga kepada team fotografer SMK Taman Daya. Korang memang mantop sebab ada kamera yang hebat2 walaupun budak sekolah lagi...Tajamkan skill insyallah korang boleh berjaya...Terima kasih kepada Cikgu Nor'aini kerana sudi membenarkan aku untuk shoot event pada kali ini.

SELAMAT HARI GURU

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Isnin, Mei 09, 2011

Dunia Macro


Alhamdulillah,

1. Pada 6 May 2011 dapatlah aku sebiji lagi lens yang mungkin membantu aku dalam byk perkara dalam duni fotografi. Agak susah juga membuat keputusan kerana rata2 lensa2 macro diluar sana mempunyai reputasi yang baik. Akhirnya Tamron 90mm ini menjadi pilihan aku kerana pertamanya harganya yang murah, beli pun 2nd hand jer tapi nampak baru dan keduanya aku dah biasa dengan setting warna dari tamron. Teri Kasih kepada bro Ben Diesel di facebook kerana menjual lens ini dalma keadaan yang tersangat2 baik.

2. Aku membeli lens ini pun bersebab kerana selama ini lens2 yang aku beli kebanyakkannya untuk menghasilkan gmabar yang terbaik untuk orang lain. Aku takda terpikir untuk menghasilkan untuk gmabar2 bagi koleksi sendiri. Disebabkan minat yang serba sedikit dalam macro, maka disini aku terpikir apa salahnya aku beli lens ini untuk diri sendiri. Sekurang2nya dapatlah aku menggantungkan gmabar2 macro di office dan dirumah nanti. Kalau gmabar pengantin atau model2 tak kena pulak kan..kena pelangkung dengan bini nanti...hahahha

3. Rasanya nanti lens ini akan sentiasa bersama2 aku dan nantikan gmabar2 dari lens ini
Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments