Selasa, Jun 28, 2011

[WTS] Jualan Lowepro Outback 200

1. Amat sayang untuk aku menjual beg aku yang ni. Tetapi apa kan daya beg baru yang lebih flexible dan stylo bakal menggantikannya. Beg yang aku maksudkan adalah 7 million dollar home crumpler. Maka dengan bertambahnya koleksi beg aku dari beg yang percuma dari Nikon, Backpack dan juga Sling bag...aku merelakan untuk melepaskan beg yang banyak berjasa ni. Sesiapa yang berminat boleh la menghubungi aku terus ataupun COD jer di kawasan Batu Pahat ni...kat bawah ni aku terangkan ciri2nya beserta harga.
Kondisi: 9/10
Umur: 1 tahun 3 bulan
Ciri-ciri lain: Boleh baca di website rasmi
Warranty: Seumur hidup oleh Lowepro (ni yang aku tahulah)
Harga jualan : RM250
Penghantaran: RM10
COD: Sekitar Batu Pahat terutamanya di Parit Raja
 Sekian, selamat membeli belah yer.....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Khamis, Jun 23, 2011

Bravo!!!!! Malaysia

1. Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mengalahkan pasukan Labanon/Lubnan dengan menjaringkan 2-1 bagi kelayakan Sukan Olimpik 2012. Permainan malam ini agak menarik dan aku lihat pasukan Malaysia sudah semakin matang dalam mencorakkan permainan setanding dengan pemain antarabangsa. Syabas Malaysia.

2. Setiap kali bola menerjah kegawang aku menjadi bertambah semangat untuk melihatnya dan seperti biasa kalau tengok bola mesti nak jerit kuat2...hahhaha...Apa pun tahniah pada Malaysia atas permainan yang menarik. Tak lah boring jer tengok bola di Malaysia ni kan....Bravo!!!!! Malaysia

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Siapa kata Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah?


1. Tiba2 terajin pulak aku nak mencari cerita tentang Laksamana Hang Tuah ni di internet. Pelbagai versi dan kisah timbul yang aku baca. Ada yang mengatakan Hang Tuah ni bangsa cina la dan bermacam lagi. Aku tak berminat nak tau kisah tentang bangsa Hang Tuah,,,,yang aku lebih berminat tentang bagaimana kesinambunagn selepas pergaduhan antara Hang Tuah dan Jebat. Adakah mereka saling berbunuhan?Ataupun sebaliknya...Sedang aku surf internet ni terbaca satu artikel yang pada aku agak menarik bila dilihat dari perspektif lain...jom kita baca...:

Suatu hari semasa Dr. Izham Nayan, 43 sedang berbual-bual dengan seorang lelaki warak yang dipanggilnya Pak Syeikh, terpacul dari mulut orang tua itu mengenai soal perpaduan orang Melayu silam
“Hisss!! Sapa kata Hang Jebat mati dibunuh Hang Tuah? Mengarut..!! Pak Syeikh melenting ketika melontarkan kata-katanya. “Ini tidak benar!” sambung Pak Syeikh lagi.

Dr. Izham terus mendengar kata-kata Pak Syeikh itu dengan penuh minat. Berdasarkan pengalaman Pak Syeikh itu, manakan bisa dua saudara pahlawan sateria melayu seagama yang telah mengaku bersaudara, berbunuh-bunuhan sesama sendiri?


Berdasarkan cerita Pak Syeikh, dua pahlawan Melayu bersaudara sedari kecil telah berjaya melawan lanun-lanun Siam yang mengganas di utara negeri Kedah. Keberanian tujuh bersaudara itu menyebabkan mereka terpilih menjadi anak angkat Sultan Kedah seterusnya diutus membantu Sultan Melaka menghalau lanun-lanun yang bermaharajalela di perairan Melaka. Hang Tuah akhirnya dilantik menjadi Laksamana Melaka. Rakan-rakannya menjadi hulubalang istana.

“Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, hangpa semua pi tolong raja Melaka. Depa tu ada masaalah penyamun! “Hang (loghat Kedah) ertinya kamu. Sekarang nama Lekir, Lekiu merupakan nama tempat di Kedah,” terang Pak Syeikh itu kepada Dr. Izham.

Pak Syeikh berhujah lagi, seandainya dua manusia kepala penyamun yang saling bermusuhan sekalipun, jika dikurung dalam sebuah rumah selama tujuh hari tujuh malam pasti mereka akan berbaik-baik semula.

“Inikan pula saudara sesumpah! Sebangsa dan seagama. Manakan boleh diterima akal, mereka bertarung tiga hari tiga malam tanpa henti, kemudian berbunuhan?” soal Pak Syeikh lagi.

Pak Syeikh mengulangi lagi bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat tidak berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
“Tak. Mereka berdua mencari akal macam mana nak selesaikan soal perpaduan bangsa Melayu. Setiap penyakit ada ubatnya!” beritahu Pak Syeikh.

Persoalan yang dilontarkan Pak Syeikh itu ada kebenarannya. Dr. Izham yang juga Pengarah Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) melihat hujah yang dibawa Pak Syeikh itu dari sudut positif.
Beliau membelek semula pelbagai versi naskah Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Moden Melayu. Berdasarkan kajian, terdapat sebanyak 11 versi kesemuanya ada menceritakan pertikaman antara Hang Jebat dan Hang Tuah. Mungkin apa yang diceritakan Pak Syeikh ini versi ke-12 yang terlepas pandang oleh pengkritik dan pengkaji sejarah Melayu.

Atau mungkin juga apa yang diceritakan Pak Syeikh ini suatu lagenda!. Atau mungkin suatu analogi baru yang sengaja dicipta untuk menolak versi bangsa Melayu sangup berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Versi baru ini lebih positif untuk perpaduan Melayu.

Dr. Izham terfikir ada baiknya Hang Jebat tidak mati di tangan Hang Tuah. Benar seperti kata Pak Syeikh itu bahawa selagi bernama Melayu, mana mungkin mereka sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri! Inikan pula bertikam selama tiga hari tiga malam tanpa henti!

Dr. Izham melihat adengan ketika pertelingkahan berlaku antara Hang Jebat dan Hang Tuah suatu taktik paling hebat dalam sejarah kepahlawanan Melayu. Di sinilah letaknya seni persilatan orang Melayu.
Ketika itu para tali barut dan kroni Sultan Melaka dan Pateh Gajah Mada asyik mengendap untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Keadaan meyebabkan Hang Tuah dan Hang Jebat berhenti sebentar untuk mencari akal. Pada perkiraan Dr. Izham perlawanan tesebut tidak lebih hanyalah sebagai ‘berlatih’ saja. Maklumlah sudah lama Hang Jebat dan Hang Tuah tidak bertemu dan mempraktis ilmu persilatan masing-masing. Pada hemat Dr. Izham, mana mungkin Hang Jebat sanggup melepaskan Taming sari yang keramat itu hingga terpacak ke lelangit bumbung istana? Melainkan ia dibuat secara sengaja! Ya! Taktik ini dipercayai disengajakan.

Akhirnya Hang Jebat mencederakan sendiri jari kelengkengnya dengan keris sultan yang dibawa Hang Tuah didalam gulungan langsir. Perbuatan Hang Jebat itu pula dilakukan secara beselindung bagi membolehkan tidak ada mata kroni Sultan Melaka mahupun Pateh Gajah Mada mengetahuinya.

Hang Tuah pula berpura-pura menyerang dengan keris Taming Sari yang telah bertukar tangan. Disinilah terletaknya kehebatan taktik Hang Tuah dan Hang Jebat. Keris Taming Sari terkenal amat berbisa dan tidak wajar Hang Jebat menggunakan keris tersebut untuk melukai jarinya, melainkan ia mesti bertukar tangan dengan hang Tuah.

“Kalau tak tukar, bila Hang jebat hiris jari kelengkeng boleh bawa maut!” hujah Dr. Izham.

Hang Jebat pula berpura-pura memekap perutnya dengan tangan kiri yang berlumuran darah, mengikat dan merenjiskan darah tersebut pada kain langsir istana. Para pengampu dan pembodek sultan bersorak mengatakan Hang Jebat sudah ditikam Hang Tuah! Walhasil…itu hanya sandiwara belaka. “Orang bukan lihat luka, orang lihat darah…” kata Dr. Izham lagi.

Pada hemat Dr. Izham, keadaan itu membolahkan Hang Jebat mengamuk dengan selesa selama tujuh hari tujuh malam membunuh hanya para kroni, pengampu sultan dan pengadu domba kepada Hang Tuah.

Jika Hang Jebat ditikam dengan Taming Sari, mana mungkin pahlawan itu masih boleh mengamuk selama itu? Tentu tidak logik sebab keris Taming Sari amat berbisa.

Sekali lagi Dr. Izham berhujah, melainkan bukan keris Taming Sari yang digunakan sebaliknya keris milik Sultan Melaka dan luka kecil hanya pada jari kelengkeng sahaja bagi meyimbah darah ke perut Hang Jebat.

Setelah habis mengamuk Hang Jebat kononya dikatakan mati dirumah Hang Tuah. Sekali lagi kejadian ini tidak lojik. Namun tidak seorang pun dibenarkan melihat jenazah Hang Jebat.

“Syoknya, Hang Jebat mati diriba Hang Tuah!” cerita Dr. Izham.

Kononya Hang Tuahlah yang memandikan, mengapankan dan meyembahyangkan sendiri jenazah Hang Jebat.

Lojiknya, kata Dr. Izham selepas Hang Jebat membersihkan saki-baki pengampu, kroni sultan Hang Tuah dan Hang Jebat selepas itu kembali semula mendalami ilmu persilatan dengan guru mereka Adi Putera.

Dua pahlawan itu seterusnya memohon untuk pergi merantau sehinggalah ke Pattani membuka pesantren di sana dan mengajar murid-murid ilmu persilatan dan mengaji Al-Quran.

Melalui identiti baru itu mereka berdua berjaya melahirkan ramai pahlawan melayu yang hebat dan terkenal memerangi penjajahan di Nusantara.

Paling menarik, Dr. Izham menyatakan kesemua ahli keluarga Hang Jebat dan Hang Tuah pulang semula ke Kedah dan tinggal di Pulau Melaka di Langkawi.

Dr. Izham ada juga mendengar cerita orang bahawa Mahsuri adalah dari susur galur keturunan Hang Tuah. Mereka membawa bersama resepi makanan tradisi dan menamakannya sempena negeri Melaka.

Umpamanya cabai melaka kerana orang Melaka suka makan pedas, buah Melaka, gula Melaka dan lain lain lagi.

Akhir kalam, Dr. Izham sekali lagi bersetuju dengan Pak Syeikh bahawa dalam soal perpaduan orang Melayu : ‘Air dicincang tak akan putus!’ Sesukar manapun situasi yang dihadapi, pasti ada muslihat bagi menyelesaikannya tanpa mengorbankan nyawa orang Melayu.

Berdasarkan kisah Hang Tuah dan Hang Jebat tadi, pihak istana mahukan si Jebat dibunuh maka tidak ada masaalah bagi Tuah membunuh nama si Jebat. Perkara ini perlu dilakukan berhati-hati agar titah raja tetap keramat. Yang mati adalah nama Hang Jebat, bukan semangatnya. Hang Tuah dan Hang Jebat hidup sampai ke tua mencapai taraf makam wali.

Berdasarkan lagenda ini, Dr. Izham menyimpulkan bahawa orang Melayu telah banyak kali diuji sejak peristiwa Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat, Malayan Union dan peristiwa 13 Mei 1969.

“Menariknya, dalam menghadapi soal genting ini, orang Melayu kembali bersatu! Kembali kuat!” katanya.

Dr. Izham percaya orang Melayu sekali akan bersatu sekiranya survival kehidupan mereka diancam dan terancam oleh suasana sekeliling yang mencemaskan masa depan bangsa dan agama Islam.

“Jika tidak bersatu kata-kata ‘Takkan Melayu Hilang Didunia’ hanya tinggal nama!” kata Dr. Izham mengingatkan.
2. Sekian, fikir-fikirkan....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Selasa, Jun 21, 2011

Selamat Hari Bapa


1. Rasannya tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah Tuan Ibrahim Bin Chat. Terima kasih abah kerana berjaya membesarkan kami sehingga menjadi manusia berguna. Dalam dunia yang serba moden dan penuh cabaran masa kini, ibu bapa amat sukar untuk membesarkan anak-anak terutamanya di kawasan bandar. Alhamdulillah aku dan adik berjaya menjadi manusia dan kini aku pula menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada dua puteri kesayangan ku A'ina Sarah dan Adhwa Dina. Aku harap dapat menjadikan bapa aku contoh untuk aku besarkan anak2 aku. Buat semua bapa2 diseluruh dunia termasuk bapa mertua ku....SELAMAT HARI BAPA....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Rabu, Jun 15, 2011

Rosfarhana & Fadzil | Sanding dan Outdoor


1. Assalamualaikum dan seperti dijanjikan adalah gmabar-gambar di hari majlis persandingan Ros & Fadzil pada 12 Jun 2011 di Ayer Hitam. Seperti di akad nikah, aku juga bersama2 Khairi Mohd (Manggaitukuning) diberikan tugas untuk melaksanakan hari bahagia pasangan ini. Suasana terik tidak menghalang kami dan alhamdulillah majlis berjalan lancar.

2. Bagi sesi outdoor pula, kami melakukannya disekitar kawasan rumah pengantin. Pertama kali aku shoot diladang getah dan baru aku tau ladang getah paling banyak nyamuk didalamnya...habis bintat badan aku dan pengantin...hehhe...Shoot outdoor pada kali ini juga mencabar kerana faktor cuaca yang kadangkala hujan dan tidak...Pertama kali aku rasa shoot paling pantas iaitu dalam masa 45 minit...Walaubagamanapun gambar2 yang terhasil alhamdulillah menjadi. Thanks kepada pengantin yang memudahkan kerja2 kami. 
Buat Khairi Mohd, lain kali ajak aku lagi yer...hehe

 NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Ahad, Jun 12, 2011

Rosfarhana & Fadzil | Akad Nikah


1. Majlis pernikahan Rosfarhana & Fadzil pada 11 Jun 2011. Aku bersama Khairi Mohd (Manggaitukuning) bekerjasama untuk melaksanakan tugas kali ini. Persediaan majlis yang pada aku sempurna dan cantik. Majlis tidak memakan masa yang lama dan Alhamdulillah Fadzil berjaya melafazkan akad hanya sekali sahaja.

Oklah besok nak shoot untuk sanding pulak so, nak rehat dulu...
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Jumaat, Jun 10, 2011

Ceramah Kekeluargaan UTHM 2011

1. Baru sahaja aku menghadiri Ceramah Kekeluargaan sempena Hari Keluarga UTHM 2011 yang telah disampaikan oleh penceramah terkenal iaitu Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad yang di adakan di Dataran Terbuka UTHM. Ceramah ini telah dihadiri oleh semua staf universiti bersama keluarga masing-masing. Seronok juga pergi majlis2 ilmu yang macam ni. Kadang2 duduk rumah saja2 pun bosan juga...

2. Majlis dimulakan dengan nyanyian nasyid oleh staf UTHM dan seterusnya ceramah di moderatorkan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad bin Esa, Pengarah Jabatan Kaunseling dan Kerjaya Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar UTHM. Ceramah kali ini lebih berkonsepkan forum dan amat menarik. Pelbagai isu rumah tangga, kekeluargaan, anak-anak, boleh kata semuanya tentang mewujudkan keluarga bahagialah. Unsur2 lucu dan jenaka diselang selikan untuk menghilangkan rasa mengantok...

Oklah nak rehat sebab besok nak hadir Majlis Hari Keluarga UTHM pulak

Assalamualaikum

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Jun 06, 2011

Fahmy & Yatie | Bertandang & Outdoor


1. Alhamdulillah akhirnya selesai semua majlis bagi pasangan ini dari akad nikah, sanding dan akhirnya bertandang ataupun menyambut menantu. Satu minggu yang amat meletihkan aku tetapi tetap bersemangat untuk menjalankan tugas kali ini. Terima kasih kepada Khairi Mohd kerana sudi menemankan aku sekali gus membantu aku dalam sesi fotografi kali ini. Buat Hasman dan Iqbal mungkin belum rezeki korang nak ikut aku kan.

2. Tema kali ini telah dipilih oleh Khairi Mohd yang berlangsung di bangunan lama jalan Sultanah Batu Pahat. Agak angker jugak kat sini tetapi dengan izin Allah kami berjaya menjalankan tugas kami. Tugasan amat mudah dilakukan kerana masa yang diberikan agak lama kerana majlis telah berakhir agak cepat. Jam 4.30 petang kami telah berada di lokasi dan menjalan tugas2 kami.

3. Bekerja bersama pasangan ini tidak susah. Walaupun mereka boleh dikatakan amat penat tetapi tetap juga boleh tersenyum dan juga melayan kerenah kehendak fotografer. Alhamdullah apa yang aku nak dan juga pengantin nak dapat direalisasikan. Bak kata Fahmy (pengantin lelaki), ianya seperti dejavu kerana dia dapat merasakan sebelum ini dia akan shoot disini. Sesi fotografi telah berakhir pada jam 6.30 petang dan kami semua pulang dalam keadaan yang letih tapi gembira.

4.  Thanks also to Fahmy kerana menyediakan props yang menarik dan ianya membantu kami. Selamat pengantin baru.

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Ahad, Jun 05, 2011

Yatie & Fahmy | Sanding & Outdoor


1. Alhamdulillah tamat sudah majlis persandingan Yatie dan Fahmy. Kedua pasangan ini telah memilih rona warna kelabu bagi menghiasi majlis persandingan mereka. Manakala bagi sesi outdoor pula warna ungu+emas menjadi pilihan. Suasana panas tidak mematahkan aku untuk terus berkarya dimajlis yang serba meriah ini.

2. Pasangan ini amat mudah untuk aku gayakan kerana mendapat kerjasama yang baik terutamanya dari Fahmy yang pada aku jarang2 pengantin lelaki yang bersungguh2 untuk mengambil gambar. Segala props telah disediakan oleh beliau dan tahniah aku ucapkan. Sebaik mungkin aku gunakan props ini.

3. Go Green...itulah tema outdoor pada kali ini yang pada aku jarang2 fotografer kita nak buat kerana lokasi yang jarang ada. Alhamdulillah satu kebun sayur yang ala2 Cameron dapat aku jumpa dan tema ini pada aku amat unik. Kalau di luar negara dah bersepah buat tema ni. Satu pengalaman baru bagi aku dan juga pasangan pengantin. Tahniah sebab korang sporting. Lebih kurang jam 6, Khairi Mohd, Izan Azri dan Kamarul datang untuk memeriahkan lagi sesi outdoor. Diorang baru jer selesai dengan tugas masing2 dan datang untuk bantu aku. Thanks a lot.

Oklah, nak rehat dan besok aku nak upload bagi majlis bertandang pulak yer....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Sabtu, Jun 04, 2011

Yati & Fahmy | Akad Nikah


1. Akad nikah oleh pasangan Yati dan Fahmy telah berlangsung di Kampung Parit Sepadan pada 3 Jun 2011. Pasangan ini selamat di ijab kabul di rumah Yati disaksikan kedua belah keluarga. Alhamdulillah tiada masalah yang berlaku dan aku sebagai fotografer rasmi mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan insyallah doakan aku sihat sehingga majlis bertandang korang. Oklah nak upload yang harini pulak...

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Rabu, Jun 01, 2011

Pembangunan di UTHM


1. Agak menarik bila melihat pembangunan pesat yang berlaku di dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini. Dari sebuah pusat latihan berkembang kepada sebuah universiti awam di Malaysia. Pelbagai infrastruktur dibina semata-mata untukmemberikan keselesaan kepada warga universiti terutamanya pelajar. Bersyukurlah wahai pelajar2 universiti. 

2. Buat masa ini kolam renang, pusat Islam, dewan utama, padang kawad dan juga beberapa buah fakulti sedang rancak dibina. Perpustakaan merupakan bangunan pertama disiapkan diantara bangunan2 tertinggi disini. Gedung ilmu perlu ada dahulu sebelum infrastruktur lain siap kan...Seronok bila dapat lihat pembangunan disini umpama kita melihat game Sim City sedang berjalan...
Oklah, nak teruskan bekerja....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments