Selasa, Oktober 30, 2012

Majlis Perkahwinan | Farhana & Farhan | 14 & 15 September 2012 | Kampung Dato' Onn Jaafar, Johor Bahru



 Assalamualikum dan salam sejahtera,

1. Entri kali ni boleh dikatakan lambat sedikit diupdate berbanding pasangan2 yang lain. Pasangan kali ini adalah pasangan Farhana dan Farhan. Farhana merupakan sahabat sekerja aku ketika di Abdul Raman Saad & Associates, sebuah pejabat guaman terbesar di Johor Bahru. Alhamdulillah akhirnya adik (gelaran Farhana) dah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya. Pasangan mengenakan pakaian sedondon emas. Majlis telah dimulakan pada 14 September 2012 iaitu majlis akad nikah dan terus bersambung dengan majlis persandingan pada 15 September 2012.

2. Majlis dijalankan dengan penuh meriah dan indah. Diserikan lagi dengan alunan muzik ghazal yang satu ketika dahulu hari2 aku dengar. Hiasan bunga2 hidup ditambah bunga2 orkid yang ditanam sendiri bapa Farhana menambahkan keindahan majlis. Seronok bila melihat satu keluarga Farhana bantu membantu dalam menjayakan majlis. Alhamdulillah, adik dikurniakan keluarga yang sempurna.

Ok akhir sekali ucapan tahniah dari abang dan Selamat Pengantin Baru.

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6  

Facebook Comments