Selasa, Ogos 28, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua sahabat-sahabat dan tak lupa sanak saudara. Tahun ni aku beraya di banyak tempat. Bermula di pagi raya di Taman Daya, rumah orang tua aku, dimana sesi fotografi ini dilakukan. Selepas solat aidilfitri kami sekeluarga ke Muar pula kampung isteri aku dan kami beraya sehingga raya kedua. Pada jam 12 raya kedua kami bergerak secara konvoi bersama keluarga orang tua aku ke Pulau Pinang, kampung orang tua aku... Dalam perjalanan kami menyinggah di Negeri Sembilan beraya di rumah Maklong aku. Dan kami bergerak semula dan berakhir di Batu Gajah, Perak beraya dan tidur di rumah pakcik aku, Pakcik Zul. Raya ketiga kami semua bergerak semula ke Pulau Pinang...perghh penuh berliku perjalanan raya kami. Apa pun tiada perkara yang tidak diingini berlaku...Alhamdulillah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6


Facebook Comments