Khamis, Oktober 28, 2010

Hadiah Pertandingan PROTON 25 Years

 

1. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku hadiah yang telah dijanjikan pihak Proton25Years. Hadiahnya sebuah telefon pintar Samsung Galaxy S dan juga buku edisi khas proton 25 tahun. Untuk makluman semua, hadiah ni aku dapat dari hasil undian gambar anak aku yang telah aku letakkan di laman web Proton25Years. Seronok bila aku tengok telefon ni. Yelah benda free kan. Syukur pada tuhan, dapat jugak aku merasa telefon pintar ni.

2. Segala fungsi belum habis di explore lagi dan agak pening gak sebab selama ni nak tekan2 ada button tapi kali ni just touch screen jer...Jakun pulak....haha....Telefon ni memang ringan dan boleh dikatakan pesaing kepada Iphone 4. Walaupun dari segi body tak sama tapi dalam lebih kurang jer...ok kalau nak tengok pertandingan tu kat mana ni alamatnya.... http://www.proton25years.com/

Oklah, nak esplore lagi...

Facebook Comments


Selasa, Oktober 26, 2010

Konsert Born4Nature


1. Konsert Born4Nature yang telah berlangsung di Padang Golf UTHM. Konsert ni berlangsung ketika majlis konvokesyen UTHM yang berada pada sebelah paginya manakala konsert ni pada sebelah malamnya. Kiranya ni macam pesta konvokesyen la....Ramai juga artis yang terlibat seperti Ana Rafali, Amy Search, Azlan & the Typwriter, Leafthanded dan juga Hattan. Seperti biasa, konsert akan dimulakan persembahan kebudayaan oleh artis budaya UTHM...Jumlah pengunjung boleh aku anggarkan dalam sekitar 1000 orang...ye ke...hehe...aku duduk depan sekali mana nak tau agak2....


 2. Ana Rafali yang sinonim dengan pakaian baju kurungnya membuat persembahan pertama sebagai artis di konsert ini. Comel orangnya lebih2 lagi dengan baju kurung tu....tapi agak kesian la sebab atas pentas tu panas dengan lighting....so aku rasa kalau 2 jam dia atas pentas maunya dia punya baju basah dengan peluh... Sebagai pendatang baru dalam dunia seni suara ni, boleh diakatakan beliau berjaya....


3. Persembahan kedua adalah dari Amy Search. Memang tak asing lagi bagi dunia rock kalau tak kenal dengan Amy. Waktu ni aku tengok penonton dah macam orang gile dah....nasib baik abang2 RELA ada.....Amy mulakan dengan lagu Isabella yang kebanyakkan dia tak payah nyanyi sangat sebab penonton dah nyanyi sama2...haha...jimat budget....Amy memang professional dan sebagai penyannyi yang berpengalaman beliau memang ROCK.....haha...aku tak lah terkinja2 macma penonton tu...just fokus pada teknik nak shoot...hehe

Lagu Untuk Mu
4. Azlan & the Typewriter....Azlan memang tak dapat lagi dinafikan mempunyai vokal yang mantap. Malam tu aku dengar live suara dia dan memang ternyata dia ni memang tak sayang anak tekak....haha....kalau aku dah terkeluar dah kerongkong tu...hehe....tapi aku rasa Azlan lebih sesuai dengan Meet Uncle Hussein....Sebab kebanyakkan penonton minta dia nyanyikan lagu2 dari group lama dia....


5. Dan akhir sekali yang sempat aku tengok adalah dari group Lefthanded...Otai ni.....byk gak lagu yang diorang sampaikan walaupun penyanyi asal diornag takda iaitu Nash....Aku tak tengok sampai habis yang selepas ni Hattan pulak nyanyi...sebabnya aku dah ngantok dan besok nak kerja....haha...aku bukan minat sgt dengan konsert2 ni....datang pun nak ambik gambar jer....hehe....

6. Aku pun tak lama sgt sebab ramai sgt fotografer yang ada termasuk student yang ambik kokurikulum fotografi. Kadang2 tengok style diorang ni macam2 ada....Punyalah nak cari angle dan shot...Cuma apa yang aku nak pesan pada orang2 baru dan tak lepas juga aku...kalau nak ambik gambar jgnlah blok orang lain yang sedang shoot....kadang2 terpikir jugak macam nak hempok jer dgn 80-200mm aku ni....haha...jahat giler aku....moralnya...Hormatilah orang lain....

Assalamualaikum

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Oktober 25, 2010

Konvokesyen UTHM ke 10


1. 10 Oktober 2010 merupakan hari konvokesyen bagi UTHM pada kali ni. Dan bagi aku pula, kali ni aku diberikan amanat besar untuk merakamkan aktiviti konvokesyen pada kali ni. Memang amat memenatkan walaupun tenaga kerja bagi team fotografer ni seramai 4 orang iaitu aku sendiri, Sharul, Izan dan juga Faiz....

2. Konvokesyen kali ni berlangsung selama 3 hari. Walupun 3 hari kami bekerja dah macam 5 hari...nak kena cover dari pagi samapi malam. Memang letih...Pengalaman yang amat penting disini adalah seorang fotografer event besar macam ni perlu tahu PROTOKOL....byk perkara2 baru yang aku baru tau tentang protokol terutamanya melibatkan kerabat2 di Raja ni....

3. Walaupun letih aku tetap gagahkan diri. Dihari kedua dah macam nak demam dan apa lagi 2 biji penadol, 1 biji ponston dan sebiji tongkat ali aku telan untuk menguatkan tenaga badan aku....haha...memang kuat...tapi lepas tu dah macam bateri habis...terus weak....

4. Nak cerita pun rasa letih lagi sebab sampai sekarang badan aku rasa tak sihat lagi sebab kebetulan habis jer konvo, kedua dua mata aku kena sakit mata membengkak dan badan kena demam urat....memang Allah tu maha adil, dia suruh aku rehat....dapatlah aku cuti selama 5 hari.....terima kasih doktor....hehe.....sampai sekarang masih belum sihat betul....

Oklah..cerita pun letih....minum air kelapa lah nak hilang bisa badan....


NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Jumaat, Oktober 22, 2010

Ekin & Shah



1. Pasangan kali ni adalah sahabat kepada orang rumah aku ketika di UiTM dulu...Ekin & Shah. Amat mudah mengendalikan sesi fotografi bersama mereka ini sepertinya mereka ini born to be model...haha mesti kembang kuncup kak ekin kan...hehe Majlis telah berlangsung pada 3 Oktober 2010 di Taman Universiti, Parit Raja Batu Pahat. Majlis amat simple dan meriah dan tak lupa baju pengantin yang cantekkkk.....

2. Sesi kali ni menduga kecerdasan tubuh badan aku kerana sebelumnya aku berada di JB bagi sesi fotografi Zara dan Farhan. Letih memang la letih, tetapi Alhamdulillah kak ekin byk memudahkan kerja fotografi aku. Tak payah byk cakap, suruh pose jer meleleh aku tengok...both of you are telented...puji lagi....hehhe

3. Sesi outdoor telah berlangsung di Taman Pura Kencana yang sebelum ni aku pun tak tau ada tempat lawa camtu...thanks to Keri as 2nd fotografer sebab cari tempat ni...Ko memang best... Semuanya selesai dalam jam 6.30 petang dan aku bersama Keri balik dengan happynya...ok waktu ni aku pun dah penat, just enjoy the picture

 Letihnyaaaaaaaaaa

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Rabu, Oktober 20, 2010

Zara & Farhan

Tenaga kerja pada hari majlis persandingan zara & farhan

1. Satu lagi pasangan yang aku tak sempat nak post dalam fotopages iaitu Zara & Farhan yang telah selamat berlangsung majlis persandingannya pada 2 Oktober 2010 di Hotel New York, JB. Pengalaman pertama bagi aku kerana kali ini aku bekerja bersama videografer Sulaiman dari ManisDVStudio dan dibantu sahabat2 fotografer iaitu Affizie, Keri dan Shuq. 

2. Amat letih tugasan kali ni kerana ianya bermula dari akad nikah pada awal paginya dan diakhiri dengan sesi night fotografi di danga bay. Majlis yang amat tersusun rapi dari awal hingga akhirnya. Pasangan amat sporting sehingga membuatkan kami satu team lunyai pada hari tesebut....Rasanya sampai kami nak makan malam pun rasa macam tak berasa apa ....ahhaha ...Pengalaman utama yang aku dapat kat sini, amat tidak seronok untuk shoot diwaktu malam kerana pandangan kita tidak sepuas di siang hari....apa pun semuanya sukses....

3. Semuanya selesai lebih kurang jam 10.30 malam dan besoknya aku perlu bergegas ke Batu Pahat kembali bagi menjalankan satu lagi sesi fotografi perkhawinan. Letih yang teramat sangat sehinggakan masih terasa lagi sampai sekarang. Ok, Zara seperti yang kita rancang juga kita perlu adakan satu sesi outdoor yang ada tumbuhan2 hijau....barulah fresh kan....so nantikan tarikhnya ya.....

 Nantikan pasangan seterusnya...Ekin dan Shah

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Muzalifah & Halim


Assalaualaikum,

1. Untuk entry pertama ni rasanya elok la aku letakkan dari pasangan Muzalifah & Halim yang telah berlangsung pada 17 & 18 September 2010 seminggu selepas raya. Aku letakkan mereka pada entry pertama kerana aku tak berkesempatan untuk upkan di fotopages disebabkan masa dan kerenah fotopages yang susah.

2. Pasangan ni amat sporting dan amat seronok untuk di shoot sebab keduanya murah dengan senyuman. Terima kasih pada Keri yang membantu aku dalam menghidupkan suasana dan juga pemegang lampu denyar...hehe...thanks bro....Tak lupa jua pada En. Mustapha fotografer bagi Halim....Otai tu...dan juga kepada family pengantin yang amat2 sporting....korang memang havoc....

3. So Muza, lepas ni kita buat special session untuk buat outdoor pulak yer...harap2 senyuman tu dapat diteruskan dan keceriaan akan terus bersama...as i said to all my customer, Create Your Own Memorable Moment.......

Dah....nak tido dah.....


NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Selasa, Oktober 19, 2010

Dunia Baru Bagi Naseribrahim

Bersama fotografer Keri dan juga pasangan Muzalifah dan Halim di Majlis Perkahwinan mereka di Batu Pahat
Assalamualaikum

1. Agak baru untuk diri aku dalam dunia membloging ni. Disebabkan rasa ingin tahu dan ingin berhijrah dari fotopages, aku gagahkan diri juga untuk mempelajarinya walaupun ianya agak susah...takper lama2 boleh la tu. Kelemahan utama yang aku namapak dari fotopages adalah daya upload yang lambat dan juga memerlukan pihak ketika untuk uploadkan gambar. Itu membuatkan aku bosan.

2. Harini seharian aku menelaah bloggers ni dan sikit2 mula paham. Sambil2 tengok dari blog orang lain terutamanya blog2 fotografer, aku jadikan contoh. Sorry yer kalau ada yang terlebih kurang sama. Takperlah mula2 tiru pastu buat sendiri kan...

3. Makin aku faham makin aku seronok pula dengan blog ni. Insyallah sikit hari lagi setelah aku selesai membina blog ni, dengan rasminya aku akan menutup fotopages aku....

Oklah itu jer catatan untuk harini...



NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6






Facebook Comments