Isnin, Januari 24, 2011

Shooting With Keri for Is & Fatin


1. Pada 20 Januari 2011 Hari Thaipusam...cutiiiiiii.....tapi nak buat aper yer...so satu outing/shooting telah dibuat oleh saudara Keri bagi membantu beliau dalam mengambil gambar outdoor...Ornag lain shoot gmabar Thaipusam aku shoot wedding pulak kan...heheh tapi takperlah...janji aku ada aktiviti dari melepak kat rumah...

2. Shoot kali ni disertai dengan ramai fotografer lain iaitu Keri, Iqbal, Mariana, Izan dan juga seorang videografer Lan...meriah..itulah yang boleh aku katakan...bermula pada jam 3 petang shoot kali ni telah bertempat di Padang Golf Kluang. Objektif aku pada kali ni aku nak belajar sendiri main CLS yang pada firasat aku ilmu yang ada masih cetek...dengan berbekalkan 2 SB900 aku, aku dgn slambernya mengadaptasikan dalam outing kali ni...

3. Haha memang teruja dengan hasil kali ni dan aku amat berpuas hati...tapi dalam byk2 gambar hanya 2 jer yang aku minat habis dan diatas tulah hasilnya...sori yer keri...gmabar2 laian pada aku biase jer...heheh....Outing kali ni berakhir pad ajam 5.30petnag dan kami melepak di Railway Cafe...best tuu....hehe

NASERIRBAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Outing with Azima

Credit to Keri to take this picture
1. Pada 11 Januari 2011 yang lepas aku bersama2 Keri (mkhairiphotography.blogspot.com) telah merancang satu outing yang sengaja dibuat untuk menghabiskan masa2 bercuti kami disebabkan cuti Hari Hol di Johor. Satu pertemuan dibuat di Kluang bersama model Azima. Azima merupakan finalis Dunia Herbs pada tahun lepas..

2. Disebabkan cuaca yang tidak menentu, kejap hujan kejap tak...shoot kami telah dilakukan di sekitar Dewan besar Kluang...tema yang di gayakan kali ni adalah Urban Muslimah. Sopan tapi tak menjolok mata...hehhe...Jadi, segala gambar telah diambil dari jam 4 hinggalah jam 6 petang...Seronok gak sebab shoot tak ramai bersama Keri jer...hehehe saja jer test dulu...

3. Apa yang penting dalam sesi outing pada kali ni adalah hubungan antara jurugambar dan subjek mestilah rapat untuk mengelakkan subjek merasa janggal dan kaku...lebih2 lagi dgn orang yang macam aku ni...muka berjambang dah macam wolverine...hahah...terima kasih pada Azima kerana memberikan komitmen pada kami berdua...semoga dimasa akan datang Azima akan terus sukses...

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Khamis, Januari 20, 2011

Cuti-Cuti Sarawak


1. Agak lambat aku upload gambar2 dari percutian aku kali ni. Pada Disember lepas keluarga akak ipar aku bersama2 dengan keluarga aku bercuti bersama2 di Sarawak. Alhamdulillah hotel yang aku tempah sekali lagi memberikan layanan terbaik buat kami...Hotel Grand Margherita, Tyr us you will love it...moto yang kena dengan penjenamaan hotel tu...

2. Aktiviti kami amat padat pada waktu tu iaitu hari kedua. Bermula dengan lawatan ke Taman Buaya Jong, tempat proses kek lapis, proses pasu, pusing2 Kuching, tengok orang utan...dan tak lupa makan2...Agak keletihan bila berjalan satu hari dan paling kesian anak aku...yelah letih tengok bila dia terlentok tidor...nak buat camana takkan nak duduk bilik jer kan...

3. Percutian kami hanya 3 hari 2 malam jer...yelah cuti bukan boleh lama2...cuti paling ideal adalah 3 hari jer..lepas 3 hari macam2 kita rasa tak selesa kan...oklah malas nak cerita byk...gambar dah tersedia...layan jer yer....

NASERIBRAHIM

Facebook Comments


Selasa, Januari 04, 2011

Nona & Fauzi | Majlis Persandingan





1. Alhamdullillah dapat jugak au upload gambar2 dari majlis persandingan Nona dan Fauzi ni...Letih memang la letih tapi nak kena upload juga bagi memenuhi kepuasan pasangan ni...Seperti yang dikatakan sebelum ni, ni adalah perkahwinan kawan baik aku yang teramatlah baik..Tahniah kepada Nona dan Fauzi kerana mencipta moment korang sendiri. Korang banyak memudahkan kerja aku...

2. Untuk rekod majlis korang adalah yang paling banyak aku shoot iaitu sebanyak 1400++ keping gambar dan aku pun dah pening nak pilih yang mana...haha padan muka aku...rasanya bukan satu album ni..ada masuk sampai 3 album ni...hehe kalau kira roll berapa roll pulak kan..kaya aku kalau kira roll ni...hehhe...

3. Oklah diharap Nona & Fauzi berpuas hati dengan hasil seni aku yang tak seberapa ni. Aku hanya fotografer kampungan je...tak cantek bgtau aku...kalau cantek bgtau orang lain yer...heheh...Tak lupa kepada yang memberikan kerjasama dengan baik dengan aku tak kiralah wedding planner, fotografer sebelah lelaki, pengapit, sahbat-sahabat pengantin, tak lupa ibu  bapa saudara pengantin dan ramai lagi yang tak dapat aku nak sebut kat sini...terima kasih semuanya....Baik, aku pun tak larat nak naip lebih2 sebab aku bukan setiausaha macam ko Nona...last word dari aku Selamat Pengantin Baru...cepat2 dapat anak...best woooo...hehhe

Assalamualaikum....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Januari 03, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


1. Selamat Tahun Baru 2011 dan selamat tinggat tahun 2010. Apabila umur semakin meningkat terasa sangat yang masa semakin pantas. Ada saja perkara2 yang tak dapat dilaksanakan langsung menjadikan ianya azam tahun baru, Ada ke aku azam tahun baru? Ntahlah apa yang aku dapat doakan adalah hari esok adalah lebih baik dari semalam.

2. Melihat cara sambutan tahun baru membuatkan aku meluat dan menyampah kerana dah byk kita tersisih dari agama. Siaran tv pun boleh tunjuk cara sambutan di Bukit Bintang dengan cara bermandikan buih...Kenapa tak tunjukkan ramai2 bersolat hajat ker, solat akhir tahun ker....ntahlah apa nak jadi dengan Malaysia yang ku sayang ni...

3. Apa pun aku bersyukur kerana ditempat yang aku tinggal masih lagi adat dan agama dipelihara..gejala2 sosial masih kurang dan hidup kejiranan masih lagi kuat sesamanya...Oklah nak sambung buat kerja....

Assalamualaikum


Facebook Comments