Selasa, April 12, 2011

Adhwa Dina Binti Mohd Khairul Naser


Assalamualaikum

1. Kalau korang perasan aku dah lama tak update blog aku ni kan. Maaf pada semua yang rajin melawat blog aku walaupun takda cerita terbaru. Tapi semuanya berlaku ada sebab. Dan salah satu sebabnya adalah isteri aku baru jer malahirkan seorang lagi puteri kami pada 4 April 2011 pada jam 11.05 pagi di Hospital Sulatan Ismail Johor Bahru. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang berat2. Cuma anak aku jer yang berat iaitu seberat 3.97kg.

2. Gembira aku kali ni sebab anak pertama aku akan ada seorang kawan untuk bermain. Kadang2 kesian tengok anak aku yang pertama main sorang2. Takpa tunggu Adhwa Dina ni besar sikit kakak dah boleh main bersama. Pengalaman kali ni agak menarik sebab masing dari kami tak sediakan nama berbanding kakanya yang pertama. 3 hari dirumah mertua dah macam perpustakaan sebab masing2 melihat nama2 didalam buku. Akhirnya nama ni yang dapat hasil dari idea mak mertua dan kami berdua.

3. Buat isteri tercinta Arni Binti Majid, terima kasih atas pemberian ini. Anak kita comel dan diharap kita dapat menjaga amanah Allah ni sebaik mungkin. Apa yang penting ...kerjasama...heheh pengaruh wonderpet la ni...Ok buat sahabat2, doakan kekuatan kami dan kesihatan kami. Amin


0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
NASERIBRAHIM

Facebook Comments


3 ulasan: