Isnin, Januari 14, 2013

Tahun 2013


Assalamualaikum,

1. Rasanya lama sungguh tak update maklumat disini. Kali terkahir hanya update maklumat tentang promosi 2013. nak buat macamana dah sibuk dengan kerja dan menyiapkan kesemua album2 yang masih belum disiapkan. Insyallah kepada pelanggan2 ku, album2 anda pasti siap. Tak nak lama2 pegang dah. Hehehe.

2. Salah satu sebab aku banyak menyepi sejak dari bulan November  2012  adalah aku telah menjual semua body kamera aku iaitu Nikon D90. Alhamdulillah semuanya selamat ke tuan yang baru. Jadi tahun 2013 adalah permulaan baru bagi aku dengan secara rasminya Nikon D600 menjadi milik aku. Tak perlu la aku cerita kehebatan atau kekurangan kamera ni, korang baca sendiri yer kat web2 yang bersepah kat luar sana. Apa yang penting pada aku adalah peningkatan dari segi teknologi gajet dan juga kualiti kerja, Insyallah dengan adanya gajet ni, pada tahun 2013 pasti menjanjikan kelainan kepada bakal2 pelanggan aku. Masih dalam senarai wishlist aku adalah sebuah prime lens bagi sudut wide yang berkemungkinan 24mm atau pun 20mm...tengoklah nanti ada rezeki.

3.  Jadi bagi tahun 2013, aku mengharapkan rezeki akan berlipat kali ganda dan juga tak lupa kualiti dan masa menyiapkan album dipertingkatkan. Semoga doa aku ni makbul. Buat pelanggan2 yang pernah bekerjasama dengan aku, aku ucapkan ribua terima kasih atas kepercayaan anda. Anda semua hebat dan terbaik. 

4. Bagi mereka2 yang masih belum mempunyai fotografi bagi majlis kalian, rebutlah peluang ini kerana hanya 10 pelanggan pertama sahaja yang akan mendapat peluang pada harga RM1599. Sila ke bahagian PAKEJ untuk malumat lanjut,

Sekian, terima kasih.

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6  

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Ulasan