Khamis, Januari 20, 2011

Cuti-Cuti Sarawak


1. Agak lambat aku upload gambar2 dari percutian aku kali ni. Pada Disember lepas keluarga akak ipar aku bersama2 dengan keluarga aku bercuti bersama2 di Sarawak. Alhamdulillah hotel yang aku tempah sekali lagi memberikan layanan terbaik buat kami...Hotel Grand Margherita, Tyr us you will love it...moto yang kena dengan penjenamaan hotel tu...

2. Aktiviti kami amat padat pada waktu tu iaitu hari kedua. Bermula dengan lawatan ke Taman Buaya Jong, tempat proses kek lapis, proses pasu, pusing2 Kuching, tengok orang utan...dan tak lupa makan2...Agak keletihan bila berjalan satu hari dan paling kesian anak aku...yelah letih tengok bila dia terlentok tidor...nak buat camana takkan nak duduk bilik jer kan...

3. Percutian kami hanya 3 hari 2 malam jer...yelah cuti bukan boleh lama2...cuti paling ideal adalah 3 hari jer..lepas 3 hari macam2 kita rasa tak selesa kan...oklah malas nak cerita byk...gambar dah tersedia...layan jer yer....

NASERIBRAHIM

Facebook Comments


Selasa, Januari 04, 2011

Nona & Fauzi | Majlis Persandingan





1. Alhamdullillah dapat jugak au upload gambar2 dari majlis persandingan Nona dan Fauzi ni...Letih memang la letih tapi nak kena upload juga bagi memenuhi kepuasan pasangan ni...Seperti yang dikatakan sebelum ni, ni adalah perkahwinan kawan baik aku yang teramatlah baik..Tahniah kepada Nona dan Fauzi kerana mencipta moment korang sendiri. Korang banyak memudahkan kerja aku...

2. Untuk rekod majlis korang adalah yang paling banyak aku shoot iaitu sebanyak 1400++ keping gambar dan aku pun dah pening nak pilih yang mana...haha padan muka aku...rasanya bukan satu album ni..ada masuk sampai 3 album ni...hehe kalau kira roll berapa roll pulak kan..kaya aku kalau kira roll ni...hehhe...

3. Oklah diharap Nona & Fauzi berpuas hati dengan hasil seni aku yang tak seberapa ni. Aku hanya fotografer kampungan je...tak cantek bgtau aku...kalau cantek bgtau orang lain yer...heheh...Tak lupa kepada yang memberikan kerjasama dengan baik dengan aku tak kiralah wedding planner, fotografer sebelah lelaki, pengapit, sahbat-sahabat pengantin, tak lupa ibu  bapa saudara pengantin dan ramai lagi yang tak dapat aku nak sebut kat sini...terima kasih semuanya....Baik, aku pun tak larat nak naip lebih2 sebab aku bukan setiausaha macam ko Nona...last word dari aku Selamat Pengantin Baru...cepat2 dapat anak...best woooo...hehhe

Assalamualaikum....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Januari 03, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


1. Selamat Tahun Baru 2011 dan selamat tinggat tahun 2010. Apabila umur semakin meningkat terasa sangat yang masa semakin pantas. Ada saja perkara2 yang tak dapat dilaksanakan langsung menjadikan ianya azam tahun baru, Ada ke aku azam tahun baru? Ntahlah apa yang aku dapat doakan adalah hari esok adalah lebih baik dari semalam.

2. Melihat cara sambutan tahun baru membuatkan aku meluat dan menyampah kerana dah byk kita tersisih dari agama. Siaran tv pun boleh tunjuk cara sambutan di Bukit Bintang dengan cara bermandikan buih...Kenapa tak tunjukkan ramai2 bersolat hajat ker, solat akhir tahun ker....ntahlah apa nak jadi dengan Malaysia yang ku sayang ni...

3. Apa pun aku bersyukur kerana ditempat yang aku tinggal masih lagi adat dan agama dipelihara..gejala2 sosial masih kurang dan hidup kejiranan masih lagi kuat sesamanya...Oklah nak sambung buat kerja....

Assalamualaikum


Facebook Comments


Rabu, Disember 29, 2010

Nona & Fauzi | Akad NIkah



1. MY BEST FRIEND WEDDING...wahh dah sama tajuk cerita kat Hollywood tu...yer tugasan kali ni berada nun jauh di negeri Pahang di daerah Bentong. Tanggal 18 Disember 2010 Nona dan Fauzi selamat diijab kabulkan oleh bapa Nona sendiri didalam satu majlis yang penuh dengan emosi dan drama...haha Sorry yer Nona ayat aku berbunga sikit...

2. Nona ni merupakan sahabat baik yang amat baik dengan aku semasa aku belajar di UiTM Shah Alam dulu...start dari diploma sambung ke Ijazah dan sampai kerja...Baiknya kitorang ni boleh dikatakan macam cerita Kuch Kuch Hota Hai umpama aku ni Shah Ruhk Khan dan Nona ni Kajol la....kahkahkahkah...gelak aku bila ingat balik...tapi ceritanya separuh jer...bukan sampai habis macam cerita hindustan tu yer....hahha....mesti ko gelak besar kan Nona...

3. Ok majlis berjalan lancar dan dimeriahkan dengan sahabat handai dari kedua belah pihak. Agak mencabar pada kali ni sebab aku bertarung dengan keadaan mental dan fizikal yang letih....yelah dari Johor ke Bentong tu....apa pun yang terbaik tetap diberikan....Majlis ni dapat aku simpulkan bahawa nona seorang yang EMO....hahaha jgn marah Nona yer....tapi best sebab muka ko byk reaksi yang seronok di capture....

Oklah nanti ada masa aku update untuk bersanding pulak yer....tido dulu....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Jumaat, Disember 17, 2010

Zura & Tuah | Bersanding & Outdoor


1. Maaf kerana lambar update bagi gambar persandingan Zura & Tuah ni...Kerja yang byk membataskan aku untuk terus berkarya. Baru saja pulang dari Sarawak dan dapatlah rehat sikit dan selepas ni akan terus ke Pahang dan juga Pulau Pinang atas urusan kerja dan photo shoot. Apasal aku cerita pasal diri aku kan...kan ni cerita Zura & Tuah...hahha saja luahan perasaan untuk hilangkan stress

2. Seperti yang dirancang pasangan ni dapat melakukan aktiviti outdoor yang pada firasat aku cuaca membenarkan kami untuk shoot pada petang tu..Dah 2 kali aku shoot di kawasan Felda dan kedua2nya hujan selebat2nya...Tapi kali ni Alhamdulillah outdoor menjadi. Aku tak byk pengalaman dalam baju Gaun ni tapi aku cuba yang terbaik dan alhamdulillah idea tu datang mencurah ketika sampai di lokasi.
3. Bila di Kota Tinggi di area felda selalu orang akan shoot di Tanjung Balau lah Desaru lah...dan aku agak bosan dengan tema tu...kali ni aku berpeluang untuk mendapatkan lokasi yang lebih baik dan idea2 yang pada aku baru....terima kasih kepada pasangan pengantin yang sudi melayan kehendak aku...hehhe....terima kasih juga pada pengapit kerana sudi menjadi lighting woman aku...hehhe...

Oklah...nak sambung edit gambar2 lain

Assalamualaikum
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6


Facebook Comments


Khamis, Disember 02, 2010

Zura & Tuah | Malam Berinai


1. Setelah tamatnya akad nikah, majlis Zura & Tuah bersambung pada sebelah malamnya dengan majlis malam berinai. Majlis ini penuh dgn warna budaya Jawa yang sememangnya ramai orang2 jawa di sini. Sekali lagi Ibu Noor berjaya menarik perhatian aku dengan busana2 yang cantik dan unik.

2. Busana pertama adalah pakaian Jawa Moden manakala yang kedua pula Jawa Tradisional. Yang menariknya disini adalah kedua2 busana ni sememangnya original dari indonesia yang dibawakan khas oleh Ibu Noor. Malam berinai di serikan lagi dgn lagu-lagu karaoke dan nasyid bagi menghiburkan kendarat yang tak henti2 bekerja bagi memastikan majlis berjalan lancar.

3. Tepat jam 11.30 malam sesi bergambar tamat dan aku bersama isteri pulang ke rumah di Air Tawar 5. Terima kasih isteriku kerana menemankan aku pada kali ni....Buat pengantin nantikan gambar bersanding pula dan tak lupa Selamat Pengantin Baru.

Sekian, nak tidolah......

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments