Ahad, November 17, 2013
Bersama Keluarga
Semenjak anak-anak dah semakin membesar ni, tumpuan lebih kepada keluarga. Lebih-lebih lagi apabila tinggal berjauhan. Masa-masa yang ada banyak dihabiskan dengan anak-anak. Kadangkala sehingga terlupa tentang tugasan foto yang ada. Maaf pelangganku, kadang-kadang diri alpa dalam memenuhi kehendak keluarga dan tugasan. Hanya luahan hari Ahad.
Jumaat, November 15, 2013
Irni & Fazely | 3 Mac 2013
More picture at:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.346520045458867.1073741826.318439904933548&type=1&l=16236eb9fb
By Naseribrahim Photography.
© All Rights Reserved. Any unauthorized copy, usage or reproduce of the image are strictly prohibited.
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.346520045458867.1073741826.318439904933548&type=1&l=16236eb9fb
By Naseribrahim Photography.
© All Rights Reserved. Any unauthorized copy, usage or reproduce of the image are strictly prohibited.
Facebook Comments
Khamis, November 14, 2013
Fuad & Iza | 2 Mac 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Agak lama juga tidak kemaskini blog yang dah nak bersawang. Semenjak adanya Facebook page, banyak gambar-gambar di muat naik disana. Walaubagaimanapun, aku akan kemaskini juga beberapa keping gambar dan seterusnya dipautkan di Facebook Pages. Disana lebih banyak gambar dan lebih mesra untuk memuat naik gambar. Selepas ini, update akan lebih ringkas tanpa sebarang bebelan dari aku. Sekian, terima kasih.
Lebih banyak gambar di:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.346510992126439.1073741825.318439904933548&type=1&l=3caa799269
Facebook Comments
Label:
Perkahwinan,
UTHM
Isnin, Januari 14, 2013
Tahun 2013
Assalamualaikum,
1. Rasanya lama sungguh tak update maklumat disini. Kali terkahir hanya update maklumat tentang promosi 2013. nak buat macamana dah sibuk dengan kerja dan menyiapkan kesemua album2 yang masih belum disiapkan. Insyallah kepada pelanggan2 ku, album2 anda pasti siap. Tak nak lama2 pegang dah. Hehehe.
2. Salah satu sebab aku banyak menyepi sejak dari bulan November 2012 adalah aku telah menjual semua body kamera aku iaitu Nikon D90. Alhamdulillah semuanya selamat ke tuan yang baru. Jadi tahun 2013 adalah permulaan baru bagi aku dengan secara rasminya Nikon D600 menjadi milik aku. Tak perlu la aku cerita kehebatan atau kekurangan kamera ni, korang baca sendiri yer kat web2 yang bersepah kat luar sana. Apa yang penting pada aku adalah peningkatan dari segi teknologi gajet dan juga kualiti kerja, Insyallah dengan adanya gajet ni, pada tahun 2013 pasti menjanjikan kelainan kepada bakal2 pelanggan aku. Masih dalam senarai wishlist aku adalah sebuah prime lens bagi sudut wide yang berkemungkinan 24mm atau pun 20mm...tengoklah nanti ada rezeki.
3. Jadi bagi tahun 2013, aku mengharapkan rezeki akan berlipat kali ganda dan juga tak lupa kualiti dan masa menyiapkan album dipertingkatkan. Semoga doa aku ni makbul. Buat pelanggan2 yang pernah bekerjasama dengan aku, aku ucapkan ribua terima kasih atas kepercayaan anda. Anda semua hebat dan terbaik.
4. Bagi mereka2 yang masih belum mempunyai fotografi bagi majlis kalian, rebutlah peluang ini kerana hanya 10 pelanggan pertama sahaja yang akan mendapat peluang pada harga RM1599. Sila ke bahagian PAKEJ untuk malumat lanjut,
Sekian, terima kasih.
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
Facebook Comments
Jumaat, November 09, 2012
Majlis Perkahwinan | Zarina & Zulraime | 27 Oktober 2012 | Parit Haji Sidek, Batu Pahat
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Entri kali ini adalah bagi pasangan Zarina & Zulraime yang telah selamat disatukan pada 27 Oktober 2012. Pasangan yang pemalu walaubagaimanapun mempunya bakat untuk menjadi model. Alhamdulillah senang bekerja dengan mereka. Banyak shot2 menarik dan mudah untuk diambil.
2. Rona warna kuning diraja menjadi tema busana mereka dan majlis dijalankan dengan penuh sederhana walaubagaimanapun meriah dan teratur. Sesi fotografi dijalankan tanpa sebarang masalah dan aku ditemani Khairi Mohd sehingga sesi outdoor. Thank bro... Sesi tamat pada jam 6.00 petang dan kami pulang dengan seribu satu kenangan yang menarik bersama pengantin. Selamat pengantin baru,
Sekian, terima kasih
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
Facebook Comments
Label:
Perkahwinan
Selasa, Oktober 30, 2012
Majlis Perkahwinan | Farhana & Farhan | 14 & 15 September 2012 | Kampung Dato' Onn Jaafar, Johor Bahru
Assalamualikum dan salam sejahtera,
1. Entri kali ni boleh dikatakan lambat sedikit diupdate berbanding pasangan2 yang lain. Pasangan kali ini adalah pasangan Farhana dan Farhan. Farhana merupakan sahabat sekerja aku ketika di Abdul Raman Saad & Associates, sebuah pejabat guaman terbesar di Johor Bahru. Alhamdulillah akhirnya adik (gelaran Farhana) dah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya. Pasangan mengenakan pakaian sedondon emas. Majlis telah dimulakan pada 14 September 2012 iaitu majlis akad nikah dan terus bersambung dengan majlis persandingan pada 15 September 2012.
2. Majlis dijalankan dengan penuh meriah dan indah. Diserikan lagi dengan alunan muzik ghazal yang satu ketika dahulu hari2 aku dengar. Hiasan bunga2 hidup ditambah bunga2 orkid yang ditanam sendiri bapa Farhana menambahkan keindahan majlis. Seronok bila melihat satu keluarga Farhana bantu membantu dalam menjayakan majlis. Alhamdulillah, adik dikurniakan keluarga yang sempurna.
Ok akhir sekali ucapan tahniah dari abang dan Selamat Pengantin Baru.
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
Facebook Comments
Label:
Perkahwinan
Langgan:
Catatan (Atom)