Rabu, Mei 25, 2011

Selamat Hari Guru


1. Selamat hari guru aku ucapkan kepada semua guru2 dan juga tenaga pengajar di seluruh dunia. Agak terlambat aku upload gambar hari guru ni disebabkan kesibukkan bekerja dan menjaga anak. Pada 16 Mei 2011, sengaja aku datang ke sekolah lama aku untuk bersama-sama menyambut hari guru. Tahniah kepada team sambutan hari guru SMK Taman Daya kerana menjadikan hari guru tahun ini yang terindah yang pernah aku lihat.

2. Bertemakan English Garden membuatkan majlis kali ini dalam suasana inggeris dan lembut kerana kebanyakkan guru2 memakai pakaian bewarna pink dan putih. Acara kemuncak bagi sambutan ini adalah upacara melepaskan burung dan belon dan yang paling ditunggu-tunggu nyanyian Guru Malaysia dari guru-guru SMK Taman Daya. Memang ke laut suara...haha...tapi happening.

3. Tahniah juga kepada team fotografer SMK Taman Daya. Korang memang mantop sebab ada kamera yang hebat2 walaupun budak sekolah lagi...Tajamkan skill insyallah korang boleh berjaya...Terima kasih kepada Cikgu Nor'aini kerana sudi membenarkan aku untuk shoot event pada kali ini.

SELAMAT HARI GURU

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Ulasan