Isnin, Jun 04, 2012

Majlis Perkahwinan | Norfauziana & Zainizan | 2 Jun 2012 | Taman Kampung Majid, Kluang


Assalamualaikum, dan salam sejahtera

1. Tugasan di minggu pertama bulan Jun kali ini telah dimulakan dengan Majlis Perkahwinan Norfauziana & Zainizan pada 2 Jun 2012 di Taman Kampung Majid, Kluang. Zainizan merupakan teman sekerja aku dimana tempat kami bekerja di UTHM. Terima kasih kepada beliau kerana mempercayai aku untuk mengabadikan saat2 indah majlis perkahwinannya.

2. Tugasan dimulakan seawal 10 pagi dimana dimulakan dengan majlis akad nikah dan seterusnya bagi majlis bersanding pula pada jam 2.30 petang. Alhamdulilllah cuaca amat baik pada awalnya dan memudahkan segala kerja. Dengan bertemakan rona warna lavender, pasangan ini amat padan dengan warna pilihan ini. Zainizan dari sudut pandangan aku merupakan seorang yang pemalu manakala Norfauzianaa (Gee) lebih berani dalam melakukan pelbagai pose dan mood.... Sekali pandang wajah Gee ni macam pelakon terkenal Nur Fathia.

3. Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di jam 4.15 petang... Tepat pada waktu yang aku planning untuk outdoor di Gunung Lambak. Nampaknya takda rezeki pasangan ini untuk outdoor bersama busana pengantin mereka. Walaubagaimanapun majlis tetap diteruskan dengan sesi fotografi di atas pelamin sahaja. Aku terpaksa memeras idea untuk mengingatkan kembali banyak2 pose bagi menggantikan sesi outdoor yang tidak dapat dilakukan. Alhamdulillah, susah tu memang susah tapi semuanya rahmat dari Allah yang memeberikan buah fikiran.

Oklah, nanti aku sambung lagi bagi bahagian kedua dimana bagi Majlis Bertandang pula...

Sekian

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Komen