Sabtu, Jun 04, 2011

Yati & Fahmy | Akad Nikah


1. Akad nikah oleh pasangan Yati dan Fahmy telah berlangsung di Kampung Parit Sepadan pada 3 Jun 2011. Pasangan ini selamat di ijab kabul di rumah Yati disaksikan kedua belah keluarga. Alhamdulillah tiada masalah yang berlaku dan aku sebagai fotografer rasmi mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan insyallah doakan aku sihat sehingga majlis bertandang korang. Oklah nak upload yang harini pulak...

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Rabu, Jun 01, 2011

Pembangunan di UTHM


1. Agak menarik bila melihat pembangunan pesat yang berlaku di dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini. Dari sebuah pusat latihan berkembang kepada sebuah universiti awam di Malaysia. Pelbagai infrastruktur dibina semata-mata untukmemberikan keselesaan kepada warga universiti terutamanya pelajar. Bersyukurlah wahai pelajar2 universiti. 

2. Buat masa ini kolam renang, pusat Islam, dewan utama, padang kawad dan juga beberapa buah fakulti sedang rancak dibina. Perpustakaan merupakan bangunan pertama disiapkan diantara bangunan2 tertinggi disini. Gedung ilmu perlu ada dahulu sebelum infrastruktur lain siap kan...Seronok bila dapat lihat pembangunan disini umpama kita melihat game Sim City sedang berjalan...
Oklah, nak teruskan bekerja....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Mei 30, 2011

Liza & Man | Akad Nikah dan Sanding



1. Lama rasanya tak update gambar perkahwinan. Alhamdulillah minggu ni Perkhawinan Liza & Man mengambil temat pada 28 Mei 2011. Sebelum dari itu telah berlangsungnya majlis akad nikah dan majlis berjalan dengan lancar dengan kemeriahan sanak saudara.

2. Liza ni sebenarnya staf kepada isteri aku dan aku berterima kasih kepada isteri aku atas promosinya. Pasangan ni tidak susah untuk aku bekerja kerana masing2 seperti sudah tahu apa yang nak dilakukan. Walaupun penat tetapi kebanyakkan shot berjaya dilakukan. Shot outdoor telah dilakukan di Jeti Tanjung Balau dan telah berakhir pada jam 6.45 petang. Terima kasih kepada yang membantu dan juga kepada FIFI, mak andam + fotografer untuk majlis ini juga. Diharap boleh bekerjasama lagi di masa akan datang.
Sekian, layan gambar2 terbaik dari aku....

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Rabu, Mei 25, 2011

Selamat Hari Guru


1. Selamat hari guru aku ucapkan kepada semua guru2 dan juga tenaga pengajar di seluruh dunia. Agak terlambat aku upload gambar hari guru ni disebabkan kesibukkan bekerja dan menjaga anak. Pada 16 Mei 2011, sengaja aku datang ke sekolah lama aku untuk bersama-sama menyambut hari guru. Tahniah kepada team sambutan hari guru SMK Taman Daya kerana menjadikan hari guru tahun ini yang terindah yang pernah aku lihat.

2. Bertemakan English Garden membuatkan majlis kali ini dalam suasana inggeris dan lembut kerana kebanyakkan guru2 memakai pakaian bewarna pink dan putih. Acara kemuncak bagi sambutan ini adalah upacara melepaskan burung dan belon dan yang paling ditunggu-tunggu nyanyian Guru Malaysia dari guru-guru SMK Taman Daya. Memang ke laut suara...haha...tapi happening.

3. Tahniah juga kepada team fotografer SMK Taman Daya. Korang memang mantop sebab ada kamera yang hebat2 walaupun budak sekolah lagi...Tajamkan skill insyallah korang boleh berjaya...Terima kasih kepada Cikgu Nor'aini kerana sudi membenarkan aku untuk shoot event pada kali ini.

SELAMAT HARI GURU

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Isnin, Mei 09, 2011

Dunia Macro


Alhamdulillah,

1. Pada 6 May 2011 dapatlah aku sebiji lagi lens yang mungkin membantu aku dalam byk perkara dalam duni fotografi. Agak susah juga membuat keputusan kerana rata2 lensa2 macro diluar sana mempunyai reputasi yang baik. Akhirnya Tamron 90mm ini menjadi pilihan aku kerana pertamanya harganya yang murah, beli pun 2nd hand jer tapi nampak baru dan keduanya aku dah biasa dengan setting warna dari tamron. Teri Kasih kepada bro Ben Diesel di facebook kerana menjual lens ini dalma keadaan yang tersangat2 baik.

2. Aku membeli lens ini pun bersebab kerana selama ini lens2 yang aku beli kebanyakkannya untuk menghasilkan gmabar yang terbaik untuk orang lain. Aku takda terpikir untuk menghasilkan untuk gmabar2 bagi koleksi sendiri. Disebabkan minat yang serba sedikit dalam macro, maka disini aku terpikir apa salahnya aku beli lens ini untuk diri sendiri. Sekurang2nya dapatlah aku menggantungkan gmabar2 macro di office dan dirumah nanti. Kalau gmabar pengantin atau model2 tak kena pulak kan..kena pelangkung dengan bini nanti...hahahha

3. Rasanya nanti lens ini akan sentiasa bersama2 aku dan nantikan gmabar2 dari lens ini
Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Khamis, April 14, 2011

Stresssssss

Gambar ketika di Pulau Pinang
1. Tengok tajuk pun dah tau aku stress. Sambil melayan gmabar2 cantik dan mendengar lagu2 dari album guitar melodies sedikit sebanyak mengurangkan stress yang ada. Biaselah kalau nak stress pasal apa lagi kan...KERJA, KERJA, KERJA...Selagi belum tutup mata KERJA...itulah kata2 dari filem Labu Labi....memang betul pun....

2. Kalau nak diikutkan malas dah nak bekerja kalau dah hari2 kena marahkan...tapi bila dipikirkan balik memang salah aku pun dan aku juga perlu bekerja untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga aku. Ya..keluarga yang dah semakin membesar...teringat anak aku....

3. Apa boleh buat...yang penting aku kena berubah mengikut aliran semasa supaya aku tak ketinggalan....diharap kawan2 dapat memberikan aku tenaga positif untuk aku terus maju dalam kerjaya...sebab dah hari2 dapat tenaga negatif jiwa jadi down....hehe...takpelah...ni pun salah satu melepaskan tekanan dengan memblogging....oklah lagi lama taip lagi merepek aku ni....

Assalamualaikum

0 1 9 7 7 0 3 0 6 6
NASERIBRAHIM

Facebook Comments