Rabu, Januari 11, 2012

Rita & Kamarul | 18 Disember 2011


Assalamualaikum,

1. Gambar ni telah diambil tahun lepas yang tak sempat aku upload. Alasan biasa...sibuk kerja office... hehe.. Pertamanya aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang Rahmat Ali dari Naluri Realiti Pictures www.nrp.com.my kerana sudi mengajak aku untuk shoot wedding VVIP pada kali ini. Pasangan kali ini adalah pasangan Rita & Kamarul yang rata-ratanya tahu Rita merupakan anak kepada jutawan kosmetik Allahyarhamah Sosilawati. Banyak yang aku belajar dalam mengendalikan pasangan VVIP. Terima kasih Rahmat Ali.

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6 

Facebook Comments


Rabu, Disember 07, 2011

Rosni & Zulkarnain | 3 Disember 2011


Jurugambar : Naseribrahim (Me)
Pelamin dan andaman : Kak Zai
Lokasi : Johor Jaya

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6





Facebook Comments


Rabu, November 09, 2011

Bola sepak Sukan SEA: Malaysia tewaskan Thailand 2-1

Assalamualaikum,

1. Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya menewaskan Thailand dalam melangkah peluang ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA yang diadakan di Indonesia. Malaysia memperoleh jaringan pada minit ke-24 melalui Baddrol Bahtiar dan gol kemenangan hasil rembatan kencang Izzat Faris minit ke-85. Manakala gol sulung Thailand hadir menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78.

2. Tahniah juga buat barisan jurulatih yang berjaya mengubah corak permainan berbanding perlawanan bersama Singapura yang lepas. Di harap perlawanan selepas ini akan membuahkan kemenangan juga.

Syabas...

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6


Facebook Comments


Khamis, November 03, 2011

PROMOSI 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera
1. Agak lama juga aku berdiam diri disebabkan kesibukkan yang melampau sehinggakan blog aku pun tak mampu untuk diupdate. Dengan beberapa bulan sahaja lagi untuk kita melangkah ke 2012, aku dengan sukacitanya mengumumkan promosi ekonomi bagi bakal-bakal pengantin yang ingin melangsungkan pada tahun 2012. Promosi ini khas untuk mereka yang ingin berjimat tetapi masih lagi ingin mendapatkan gambar yang istimewa dimajlis yang berbahagia. Dan ianya juga cover dari Akad Nikah, Sanding, Bertandang dan juga Outdoor Session. Semuanya shoot & burn.

2. Ni kalau di ikutkan bajet untuk rakyat la..hehe dah macam Bajet 2012. Tetapi bagi mereka yang masih mampu teradapat juga pakej yang termasuk dengan album. Pakej promosi ini hanya untuk SHOOT & BURN sahaja. Maksudnya saya shoot dan burn dalma DVD. Maknanya tiada album. Walaubagaimanapun aku tetap lagi memberikan 1 frame sebagai tanda kenangan. Bagi yang inginkan album, tambahan RM350 seunit sebagai kos design dan album.

So, siapa yang berminat atau maklumat lanjut boleh email aku atau call sahaja.
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Khamis, Oktober 06, 2011

Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2011


1. Majlis graduasi SMKTD yang buat julung kalinya dilakukan dengan penuh istiadat seperti majlis konvokesyen di universiti. Tahniah kepada guru2 yang berusaha keras untuk menjayakan majlis kali ini. Aku bersama-sama Hairul Abu Bakar (e-fotosintesis) diberikan tanggungjawab untuk mengambil gmabar2 majlis pada kali ini.

2. Secara bidan terjunnya Hairul Abu Bakar menelefon aku untuk membantu beliau dalam majlis kali ini. Memang takda langsung pengalaman aku dalam majlis seperti ini. Universiti punya biasanya ambik event jer. Untuk ambik gambar setiap sorang tu memang tak pernah la. Tapi pada aku ianya pengalaman baru buat aku untuk terus maju lagi. Yelah sampai bila nak main wedding jer kan. Apa pun terima kasih kepada Hairul kerana jemput aku kali ni. Insyallah akan ada lagi selepas ini kan... Masyukkkkkk...hehhe

3. Buat pelajar2 tingkatan 6 dan 5 SMKTD aku ucapkan tahniah pada korang kerana berjaya tamat peringkat sekolah. Selepas ini akan ada byk lagi konvokesyen yang korang akan hadapi. Ingat dunia diluar tidak seindah yang disangka. Kerja keras perlu untuk pergi lebih jauh. Apap pun tahniah pada semua. Aku doakan kornag berjaya.

Sekian, terima kasih


NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Selasa, September 20, 2011

Dunia Tanpa Cermin Mata

Assalmualaikum dan salam sejahtera semuanya,

1. Tentu korang tertanya-tanya kenapa dah lama sgt aku tak update blog aku kan... Bukannya aku sengaja mahupun terlupa tetapi disebbakan kesibukkan kerja hakiki dan juga pembedahan mata yang baru sahaja pulih.
2. Pada 7 September 2011, adalah tarikh bersejarah aku dimana tarikh aku melakukan pembedahan LASEK ataupun pembedahan laser pada mata. Lama jugak aku ambil keputusan ni disebabkan pancaindera yang ada cuma ada ni jer.. Alhamdulillah setelah mendapat nasihat dan juga meyakinkan diri akhirnya aku meberanikan diri tanpa menoleh kebelakang lagi... Sekarang aku sudah boleh berbangga kerana sudah tidak perlu untuk memakai cermin mata lagi.

3. Banyak kelebihan yang aku rasakan bila tka pakai cermin mata ni dan benda yang aku paling rasa adalah aku taklah tercari2 cermin mata aku bila bangun tido...heheh...Sekarang penglihatan aku hampir 80% pulih dan ianya akan bertambah baik dari masa ke semasa..
Oklah bukan boleh taip lama2 ni... tak baik untuk mata sebba terdedah kepada cahaya komputer yang lama..hehhe Sayangilah Mata Anda..

Sekian

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments