Selasa, Julai 10, 2012

Majlis Persandingan | Sarah & Khalis | 30 Jun 2012 | Dewan Jubli Intan, Batu Pahat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Tugasan pada 30 Jun 2012 merupakan tugasan khas oleh saudara Rahmat Ali yang telah diamanahkan untuk aku selesaikan. Pasangan Sarah & Khalis menjadi subjek utama pada majlis perkahwinan mereka yang gilang gemilang. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa shot yang agak kurang menjadi tetapi tetap masih boleh digunakan. 

2. Majlis bertemakan musim bunga sakura (menurut andamanlah) menceriakan lagi majlis. Tak lupa juga sanak saudara pengantin yang khas datnag dari Indonesia menggamatkan lagi suasana. Sesi photoshoot berakhir pada jam 5 petang dan shoot bagi outdoor pula bersambung pada hari Selasa 3 Julai 2012 di sekitar UTHM.





 3. Bagi sesi outdoor pula, saudara Rahmat Ali terlibat sama dan aku hanya sebagai 2nd fotografer. Gambar diambil sekitar UTHM yang kebanyakkan berlatar belakangkan Dewan Utama UTHM dan Perpustakaan UTHM. Sesi outdoor pertama telah berlangsung di padang golf Batu Pahat yang pada tika itu aku tidak terlibat sama atas urusan kerja. Oklah, walaupun gambar di UTHM ni tak byk tapi tetap ada untuk tatapan kedua pengantin baru. Selamat Pengantin Baru dari saya dan kredit sekali lagi kepada Rahmat Ali atas tugasan kali ini

Sekian, terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Ulasan