Selasa, September 20, 2011

Dunia Tanpa Cermin Mata

Assalmualaikum dan salam sejahtera semuanya,

1. Tentu korang tertanya-tanya kenapa dah lama sgt aku tak update blog aku kan... Bukannya aku sengaja mahupun terlupa tetapi disebbakan kesibukkan kerja hakiki dan juga pembedahan mata yang baru sahaja pulih.
2. Pada 7 September 2011, adalah tarikh bersejarah aku dimana tarikh aku melakukan pembedahan LASEK ataupun pembedahan laser pada mata. Lama jugak aku ambil keputusan ni disebabkan pancaindera yang ada cuma ada ni jer.. Alhamdulillah setelah mendapat nasihat dan juga meyakinkan diri akhirnya aku meberanikan diri tanpa menoleh kebelakang lagi... Sekarang aku sudah boleh berbangga kerana sudah tidak perlu untuk memakai cermin mata lagi.

3. Banyak kelebihan yang aku rasakan bila tka pakai cermin mata ni dan benda yang aku paling rasa adalah aku taklah tercari2 cermin mata aku bila bangun tido...heheh...Sekarang penglihatan aku hampir 80% pulih dan ianya akan bertambah baik dari masa ke semasa..
Oklah bukan boleh taip lama2 ni... tak baik untuk mata sebba terdedah kepada cahaya komputer yang lama..hehhe Sayangilah Mata Anda..

Sekian

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Selasa, Julai 12, 2011

Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30 - Episode 3


1. Episode 3 bagi Majlis Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30. Byk gambar2 kat sini lebih kepada kegembiraan para kadet bersama keluarga dan sahabat2. Seronok waktu ni bila shoot sebab masing2 keluar dari dunia tentera dan apa yang aku nampak diornag friendly giler...Suruh jer posing aper2 cepat jer yang nak ikut sama..oklah dah penat buat karangan, kornag layan jer gambar ni yer...

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30 - Episode 2


1. Seperti dijanjikan berikut adalah episode 2 bagi Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30 yang merangkumi jemputan-jemputna yang hadir baik VVVIP hinggalah para ibu bapa dan sanak saudara. Semuanya dalam keadaan bangga dengan melihat pejuang2 bangsa segak mengenakan pakain no. 1 di padang kawad. Terlalu ramai untuk aku sebutkan satu persatu jemputan2 yang hadir. Cukuplah gambar menceritakan segalanya...

2. Insyallah episode 3 akan menyusul dan nantikan sebentar sahaja lagi....terima kasih kerana melawat blog ini

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Isnin, Julai 11, 2011

Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30 - Episode 1


1. Alhamdulillah tamat sudah tugasan kali ini bagi Majlis Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA ke 30 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Majlis berlangsung dengan penuh protokol diRaja dan tentera. Ramai yang hadir termasuk wartawan dan tidak ketinggalan ibu bapa pada kadet. Tentu mereka amat berbangga melihat anak2 mereka di lapangan kawad lulus dengan cemerlang.

2. Gambar kali ini aku hanya upload mengikut episode yang pada aku episode pertama ini adalah episode yang menunjukkan acara wajib/ mesti ada di dalam istiadat ini. Insyallah episode ke 2 akan menyusul dan ianya bakal menunjukkan gambar2 para hadirin yang hadir. Episode seterusnya akan dipikirkan kemudian dan diharap pengunjung blog aku ni dapat bersabar...Insyallah akan ada 1 post di mana aku akan memilih 10 gambar terbaik dari penglihatan lens aku....apa pun enjoy the pictures..thank you

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Beli lagi barang kamera


1. Rasanya bulan ni aku bernafsu sikit nak tambah aksesori kamera dan aksesori terbaru adalah seprti gambar diatas iaitu beg dan bukan lens tetapi hood. Beg yang dibeli adalah jenis 7 Million Home Crumpler. Jenama ini amat terkenal dikalangan fotografer kerana materialnya yang kuar dan juga design beg yang tidak seperti beg2 kamera yang berada di pasaran. Aku memilih warna biru kerana ianya tidak menampakkan ianya beg kamera. Amat bergaya bila aku bawak beg ini..cewah puji diri sendiri pulak. Beg ini aku beli melalui online forum.

2. Barang yang kedua adalah Hood Bunga (Flower Hood) untuk Nikon AFD 80-200mm aku. Agak susah nak cari barang ni disebabkan dipasaran Malaysia hanya terdapat hood jenis skru sahaja. Kalau ada yang jenis masuk terus hanya sedikit sahaja dan itu pun mahal sangat. Alhamdulillah, setelah melayari internet akhirnya aku berjaya jumpa di Ebay, pusat membeli belah terbesar dan terkenal didunia. Aku beranikan diri untuk membeli produk ini walaupun barangan nya dari China. Alhamdulillah sekali lagi apabila tepat 11 hari meng'oder'kan barang tersebut akhirnya sampai diatas meja kerja aku. Gembira tak terkata dan balik jer rumah terus test pada lens aku...Muat dan tak perlu skru2...senang dan lens aku dah nampak amat segak...terima kasih kepada pembekal...

3. Bila difikirkan balik kebanyakkan barang aku, aku beli melalui online dan apa yang aku lihat online ni byk memudahkan kita jika kita sendiri pandai menggunakannya...Bukan sahaja mudah malah kadangkala barnag yang kita beli harganya lebih murah  berbabanding kita beli dikedai...Silap2 boleh tawar menawar lagi...Apa pun baik transaksi online atau pun realiti, kita perlu berhati2 kerana semuanya melibatkan duit dan kita tak nak duit kita melayang begitu sahaja...

Baiklah nak edit gambar lagi ni...

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


Ahad, Julai 10, 2011

Aktiviti Sebelum Istiadat Pentauliahan Palapes ke 30

1. Terima kasih kepada semua pelawat blog terutamanya budak2 Palapes dari seluruh universiti di Malaysia yang terlibat dengan Istiadat Pentauliahan Palapes ke 30 di UTHM. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sebelum hari istiadat berlangsung. Pada 2 Julai 2011, Sabtu satu program Jelajah Jiwa Murni yang melibatkan semua kadet Palapes ke 12 kampung2 disekitar Batu Pahat dan program ini berlangsung di semua tapak perkuburan yang telah disediakan. Aku bersama team Mohd Iqbal, Norizan dan Sharul Ahmad sebagai videografer. Tahniah pada korang sebab berjaya maintain stamina. Suasana panas terik tidak menghalang kami dan juga kadet Palapes untuk menjalankan tugas kami.


2. Pada 7 Julai 2011, Khamis pula satu Majlis Tahlil dan Yassin di jalankan sempena Istiadat Pentaulihan Palapes ke 30. Selepas solat Maghrib, majlis telah dijalankan dan majlis telah dihadiri semua kadet dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Aku pada ketika itu kebetulan berada didalam majlis tersebut mengambil peluang untuk snap beberapa gmabar yang pada aku ada value yang mungkin boleh digunakan.


3. Hari yang dinantikan semakin hampir dan pada 8 Julai 2011 adalah hari terakhir bagi kadet2 Palapes ini untuk mengadakan raptai terakhir dan memberikan segala komitmen terhadpat majlis yang jarnag2 sekali berlaku. Sekali lagi bersama Mohd Iqbal, Izan Azri dan Sharul Ahmad kami secara sukerelanya menjalankan tugas untuk cover disekitar majlis. Kali ini kami cuba untuk cover aktiviti kadet Palapes selepas dari latihan kawad kaki. Teserlah kegembiraan diwajah mereka dan hilang raut serius mereka. Alhamdulillah kehadiran kami disambut mesra dan riang. Kalau ikut kan byk lagi gmabar tetapi apa yang ada disini adalah yang terbaik...

Oklah nanti ada masa aku update gambar di sekitar hari Istiadat Pentauliahan Palapes ke 30. Letih tka habis lagi ni...
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments