Ahad, Julai 10, 2011

Aktiviti Sebelum Istiadat Pentauliahan Palapes ke 30

1. Terima kasih kepada semua pelawat blog terutamanya budak2 Palapes dari seluruh universiti di Malaysia yang terlibat dengan Istiadat Pentauliahan Palapes ke 30 di UTHM. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sebelum hari istiadat berlangsung. Pada 2 Julai 2011, Sabtu satu program Jelajah Jiwa Murni yang melibatkan semua kadet Palapes ke 12 kampung2 disekitar Batu Pahat dan program ini berlangsung di semua tapak perkuburan yang telah disediakan. Aku bersama team Mohd Iqbal, Norizan dan Sharul Ahmad sebagai videografer. Tahniah pada korang sebab berjaya maintain stamina. Suasana panas terik tidak menghalang kami dan juga kadet Palapes untuk menjalankan tugas kami.


2. Pada 7 Julai 2011, Khamis pula satu Majlis Tahlil dan Yassin di jalankan sempena Istiadat Pentaulihan Palapes ke 30. Selepas solat Maghrib, majlis telah dijalankan dan majlis telah dihadiri semua kadet dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Aku pada ketika itu kebetulan berada didalam majlis tersebut mengambil peluang untuk snap beberapa gmabar yang pada aku ada value yang mungkin boleh digunakan.


3. Hari yang dinantikan semakin hampir dan pada 8 Julai 2011 adalah hari terakhir bagi kadet2 Palapes ini untuk mengadakan raptai terakhir dan memberikan segala komitmen terhadpat majlis yang jarnag2 sekali berlaku. Sekali lagi bersama Mohd Iqbal, Izan Azri dan Sharul Ahmad kami secara sukerelanya menjalankan tugas untuk cover disekitar majlis. Kali ini kami cuba untuk cover aktiviti kadet Palapes selepas dari latihan kawad kaki. Teserlah kegembiraan diwajah mereka dan hilang raut serius mereka. Alhamdulillah kehadiran kami disambut mesra dan riang. Kalau ikut kan byk lagi gmabar tetapi apa yang ada disini adalah yang terbaik...

Oklah nanti ada masa aku update gambar di sekitar hari Istiadat Pentauliahan Palapes ke 30. Letih tka habis lagi ni...
NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Komen