Rabu, Oktober 20, 2010

Zara & Farhan

Tenaga kerja pada hari majlis persandingan zara & farhan

1. Satu lagi pasangan yang aku tak sempat nak post dalam fotopages iaitu Zara & Farhan yang telah selamat berlangsung majlis persandingannya pada 2 Oktober 2010 di Hotel New York, JB. Pengalaman pertama bagi aku kerana kali ini aku bekerja bersama videografer Sulaiman dari ManisDVStudio dan dibantu sahabat2 fotografer iaitu Affizie, Keri dan Shuq. 

2. Amat letih tugasan kali ni kerana ianya bermula dari akad nikah pada awal paginya dan diakhiri dengan sesi night fotografi di danga bay. Majlis yang amat tersusun rapi dari awal hingga akhirnya. Pasangan amat sporting sehingga membuatkan kami satu team lunyai pada hari tesebut....Rasanya sampai kami nak makan malam pun rasa macam tak berasa apa ....ahhaha ...Pengalaman utama yang aku dapat kat sini, amat tidak seronok untuk shoot diwaktu malam kerana pandangan kita tidak sepuas di siang hari....apa pun semuanya sukses....

3. Semuanya selesai lebih kurang jam 10.30 malam dan besoknya aku perlu bergegas ke Batu Pahat kembali bagi menjalankan satu lagi sesi fotografi perkhawinan. Letih yang teramat sangat sehinggakan masih terasa lagi sampai sekarang. Ok, Zara seperti yang kita rancang juga kita perlu adakan satu sesi outdoor yang ada tumbuhan2 hijau....barulah fresh kan....so nantikan tarikhnya ya.....

 Nantikan pasangan seterusnya...Ekin dan Shah

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Ulasan