Selasa, Oktober 26, 2010

Konsert Born4Nature


1. Konsert Born4Nature yang telah berlangsung di Padang Golf UTHM. Konsert ni berlangsung ketika majlis konvokesyen UTHM yang berada pada sebelah paginya manakala konsert ni pada sebelah malamnya. Kiranya ni macam pesta konvokesyen la....Ramai juga artis yang terlibat seperti Ana Rafali, Amy Search, Azlan & the Typwriter, Leafthanded dan juga Hattan. Seperti biasa, konsert akan dimulakan persembahan kebudayaan oleh artis budaya UTHM...Jumlah pengunjung boleh aku anggarkan dalam sekitar 1000 orang...ye ke...hehe...aku duduk depan sekali mana nak tau agak2....


 2. Ana Rafali yang sinonim dengan pakaian baju kurungnya membuat persembahan pertama sebagai artis di konsert ini. Comel orangnya lebih2 lagi dengan baju kurung tu....tapi agak kesian la sebab atas pentas tu panas dengan lighting....so aku rasa kalau 2 jam dia atas pentas maunya dia punya baju basah dengan peluh... Sebagai pendatang baru dalam dunia seni suara ni, boleh diakatakan beliau berjaya....


3. Persembahan kedua adalah dari Amy Search. Memang tak asing lagi bagi dunia rock kalau tak kenal dengan Amy. Waktu ni aku tengok penonton dah macam orang gile dah....nasib baik abang2 RELA ada.....Amy mulakan dengan lagu Isabella yang kebanyakkan dia tak payah nyanyi sangat sebab penonton dah nyanyi sama2...haha...jimat budget....Amy memang professional dan sebagai penyannyi yang berpengalaman beliau memang ROCK.....haha...aku tak lah terkinja2 macma penonton tu...just fokus pada teknik nak shoot...hehe

Lagu Untuk Mu
4. Azlan & the Typewriter....Azlan memang tak dapat lagi dinafikan mempunyai vokal yang mantap. Malam tu aku dengar live suara dia dan memang ternyata dia ni memang tak sayang anak tekak....haha....kalau aku dah terkeluar dah kerongkong tu...hehe....tapi aku rasa Azlan lebih sesuai dengan Meet Uncle Hussein....Sebab kebanyakkan penonton minta dia nyanyikan lagu2 dari group lama dia....


5. Dan akhir sekali yang sempat aku tengok adalah dari group Lefthanded...Otai ni.....byk gak lagu yang diorang sampaikan walaupun penyanyi asal diornag takda iaitu Nash....Aku tak tengok sampai habis yang selepas ni Hattan pulak nyanyi...sebabnya aku dah ngantok dan besok nak kerja....haha...aku bukan minat sgt dengan konsert2 ni....datang pun nak ambik gambar jer....hehe....

6. Aku pun tak lama sgt sebab ramai sgt fotografer yang ada termasuk student yang ambik kokurikulum fotografi. Kadang2 tengok style diorang ni macam2 ada....Punyalah nak cari angle dan shot...Cuma apa yang aku nak pesan pada orang2 baru dan tak lepas juga aku...kalau nak ambik gambar jgnlah blok orang lain yang sedang shoot....kadang2 terpikir jugak macam nak hempok jer dgn 80-200mm aku ni....haha...jahat giler aku....moralnya...Hormatilah orang lain....

Assalamualaikum

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


4 ulasan: