Sabtu, Julai 02, 2011

Minggu yang meletihkan...


1. Minggu ni bakal menguji stamina aku sebagai fotografer kerana dengan rasminya telah dilantik menjadi fotografer rasmi bagi Majlis Pentauliahan Palapes ke 30 yang telah diadakan di UTHM. Aku bersama team2 fotografer yang telah dilantik akan menjalankan tugas sepanjang hari bermula dari 30 Jun 2011 hingga hari kejadiannya 9 Julai 2011. Amat meletihkan tetapi bila dipikirkan balik ianya satu pengalaman hebat yang jarang2 kita dapat.

2. Gambar diatas adalah sebahagian aktiviti latihan dan raptai bagi menjayakan majlis ini. Tahap protokol yang pada aku super duper tinggi membuatkan kami team fotografer amat tertekan dengannya...Takperlah bukan selalu kena tekan. huhuhu....Aku mendokan semoga hari jadinya nanti keadaan cuaca tidka terlampau panas dan amat melegakan...hehe amin...Buat team fotografer kreatif Mohd Iqbal, Norizan dan Khairul, kita buat yang terbaik dan tunjukkan kemahiran kita walaupun mempunyai gadget yang terhad...
Sekian terima kasih

NASERIBRAHIM
0 1 9 7 7 0 3 0 6 6

Facebook Comments


0 ulasan:

Catat Ulasan